
Trending
Nahas FRU Di Teluk Intan, Pemandu Lori Ada 6 Rekod Kesalahan Termasuk Narkotik
Satu tragedi menyayat hati berlaku hari ini apabila sebuah lori muatan batu merempuh konvoi Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) sehingga mengorbankan sembilan anggotanya.
Terbaru, Utusan Malaysia melaporkan pemandu lori tersebut didapati memiliki enam rekod kesalahan lampau.
Pemandu lori ada rekod kesalahan, kebanyakan narkotik

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin mendedahkan bahawa kesalahan terdahulu pemandu itu berkaitan dengan kes narkotik, selain turut mempunyai rekod di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Jelas beliau, hasil ujian saringan air kencing menunjukkan pemandu lori berusia 45 tahun itu negatif dari sebarang jenis dadah.
Pemandu lori kini telah ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara dalam satu sidang media menyatakan enam rekod lampau tersebut adalah satu rekod berkaitan dadah, empat jenayah curi dan satu jenayah rogol. Kesemua kesalahan tersebut telah dijatuhi hukuman.
Urine kita dah buat, setakat ini negatif. Ada maklumat yang saya difahamkan diviralkan bahawa pemandu ada ketum dalam lori, kita dah periksa tak ada ketum.
Konvoi dalam misi pulang
Menurut Datuk Noor Hisam, ketika kejadian, tujuh konvoi FRU sedang dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai menjalankan penugasan sempena perayaan Chitra Pournami di daerah Hilir Perak.
Namun, kenderaan kelima dalam konvoi yang membawa 18 anggota itu telah dirempuh oleh lori terbabit.
Tujuh kenderaan terlibat dalam konvoi itu termasuk dua buah pacuan empat roda, empat buah lori dan sebuah bas di mana kenderaan membawa mangsa yang kelima dalam barisan.
Beliau turut menjelaskan bahawa penugasan anggota FRU itu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) iaitu satu hari perjalanan ke lokasi, satu hari bertugas dan satu hari perjalanan pulang.
Dalam insiden ini juga, sembilan anggota dilaporkan cedera dan kini menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Teluk Intan.
Kredit: Utusan Malaysia
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
