Trending
Nadeera Zaini Sendiri Akhirnya Buka Mulut Selepas Nama Dipetik Kena Tangkap Khalwat!
Nama Nadeera Zaini, Naib Juara Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39), tiba-tiba dikaitkan dengan gosip khalwat bersama suami orang.
Menurut lapiran mStar, penyanyi ini menegaskan bahawa dia tidak terlibat dan langsung tidak ambil pusing tentang fitnah tersebut.
Saya tak ambil pusing pun perkara tu sebab bukan saya orangnya. Selama sebulan ni memang saya fokus pada AJL39 sahaja.
Tak tahu kenapa Nama Nadeera Zaini dikaitkan

Nadeera juga hairan bagaimana namanya boleh terpalit dalam gosip panas itu dan menganggap ia sebagai ujian dalam dunia hiburan.
Saya pun tak tahu kenapa nama saya pula dikaitkan. Tapi saya anggap apa yang jadi sebagai ujian hidup saya.
Pilih memaafkan dan doakan kebaikan

Mengambil pendekatan matang, Nadeera tidak menyimpan dendam terhadap individu yang menyebarkan dakwaan tersebut.
Andai kata ada yang cuba menjatuhkan saya, tidak mengapa, saya maafkan. Saya juga berharap orang tersebut bertaubat, lagi-lagi dah nak masuk bulan Ramadan ni.
#ApaKataOhmedia
Fitnah boleh merosakkan hidup seseorang tanpa bukti yang kukuh. Sebelum percaya sesuatu berita, pastikan ia sahih. Jangan biarkan jari jadi penyumbang dosa!

Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM