Connect with us

Oh! Media

Berpunca Daripada Air Lemon, Pekerja Restoran Viral Melaka Mohon Maaf, Akui Teremosi

Trending

Berpunca Daripada Air Lemon, Pekerja Restoran Viral Melaka Mohon Maaf, Akui Teremosi

Beberapa hari ini, kecoh diperkatakan mengenai sebuah restoran asam pedas di Melaka yang didakwa melayani pelanggan dengan kasar.

ADVERTISEMENT

BACA: “Memang Itu Perangai Mak Saya” – Anak Peniaga Restoran Viral Melaka Tampil Pertahankan Ibu

Terbaru, anak kepada pemilik restoran yang dikenali sebagai Nur Adilla Baharom memohon maaf kepada pelanggan di atas insiden yang berlaku.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Nur Adilla menjelaskan kejadian itu berpunca daripada ibu pelanggan yang tak puas hati dengan air lemon sebiji yang dipesannya.

Katanya lagi, ibu pelanggan membebel apabila air lemon yang dipesannya tidak dituruti. Walaupun sudah diberi sebiji lemon yang siap dipotong, ibu pelanggan itu dikatakan masih membebel.

Walaupun telah terima minuman, ibu wanita berkenaan masih membebel dan ada menyebut, ‘dia orang berniaga jadi dia tahu sukatan buah lemon sebiji’.

Dia bagaimanapun menafikan keluarga pelanggan dari Singapura itu dimaki dan dicaci.

Suara dalam video itu adalah suara nenek saya yang memarahi saya dan ibu kerana membenarkan pelanggan memasuki kedai sedangkan ketika itu restoran sudah berkemas hendak ditutup setelah sebahagian makanan sudah habis.

Kami orang Melaka, memang suara emak dan nenek saya bila bercakap sangat kuat seperti bergaduh tetapi kami bersembang hal lain, bukan memaki keluarga wanita seramai 10 orang sedang menjamu selera di restoran.

Lapor Malaysia Gazette, Nur Adilla mengaku gagal mengawal emosi dan apa yang berlaku adalah spontan. Ianya telah menjadi kebiasaannya ketika menguruskan kedai itu.

Saya minta maaf kerana waktu itu pun saya teremosi, naik angin dan meninggikan sikit suara kepada pelanggan kerana kadang-kadang ada juga kesilapan dari pihak pelanggan.

Dia secara jujur berkata tidak berniat untuk bersikap marah-marah. Di masa akan datang pihaknya akan membetulkan kesilapan tersebut.

Kredit: Utusan Malaysia | Malaysia Gazette

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas