Connect with us

Oh! Media

Tampar Warga Emas, ‘Karen’ Ditahan Kru Pesawat

karen

Trending

Tampar Warga Emas, ‘Karen’ Ditahan Kru Pesawat

Tular video seorang wanita yang dilabel ‘Karen’ menyerang lelaki warga emas kerana tidak memakai pelitup muka semasa makan di dalam pesawat.

ADVERTISEMENT

BACA: Tak Serik-Serik! Polis Siasat ‘Karen’ Langgar SOP

Menerusi laporan Kosmo, kejadian tersebut berlaku dalam sebuah pesawat Delta Air Lines yang masih dalam penerbangan.

Wanita tersebut dikatakan menggila di dalam pesawat

Wanita tersebut yang bernama Patricia Cornwall telah ditangkap oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Khamis lepas selepas insiden tersebut berlaku.

Panggilan ‘Karen’ digelarkan kepada wanita berkulit putih itu kerana angkuh dan mempunyai perangai yang tidak munasabah.

karen

Menerusi video yang tular itu, sebelum ditahan oleh kru pesawat, wanita tersebut telah menjerit, menampar, meludah dan mencakar muka lelaki yang berusia 80 tahun itu.

Punca kemarahan wanita itu dikatakan kerana lelaki tersebut membuka mask ketika mahu makan dan minum.

Tetapi, kalau dilihat dalam video tersebut, dia sendiri tidak memakai pelitup muka dengan sempurna dan meletakkannya di dagu. Nak marah orang tapi diri sendiri pun salah? Haha macam-macam hal lah.

Kredit: Twitter | Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas