Connect with us

Oh! Media

“Mungkin Hari Ini Hari Mereka..”- Pengusaha River Cruise Bawa 3 Bot Rentas Negeri

pengusaha river cruise

Trending

“Mungkin Hari Ini Hari Mereka..”- Pengusaha River Cruise Bawa 3 Bot Rentas Negeri

Pengusaha River Cruise Teluk Intan, Mohd Shahril Mustafa telah menunjukkan sikap prihatinnya kepada mangsa banjir dengan membawa tiga bot dari Teluk Intan ke Lembah Klang.

ADVERTISEMENT

BACA: “Air Mata Tak Dapat Kembalikan Rumah Yang Musnah..” – Luahan Mangsa Banjir

Menurut Berita Harian, Mohd Shahril telah bertolak dari Teluk Intan bersama seorang rakannya yang merupakan pemandu bot, untuk sama-sama membantu mangsa banjir di Lembah Klang.

Ada yang hampir empat hari terkandas tanpa bekalan elektrik

pengusaha river cruise
Mohd Shahril dan tiga bot nya. (Foto: Berita Harian)

Mungkin hari ini hari mereka, mana tahu esok lusa hari kita pula.

Itulah kata-kata dari Mohd Shahril yang membuatkan dia mahu turut serta membantu mangsa banjir.

Beliau juga dapat banyak kiriman mesej untuk meminta bantuan daripada pengikut Facebook, termasuk yang pernah menjadi pelanggannya.

Malah ketika saya membuat persiapan, seorang sukarelawan (Sulaiman Talib) dari Klang kebetulan datang ke jeti kerana mahu membeli bot untuk kegunaan misi membantu mangsa banjir.

Saya memberitahu beliau tidak payah beli, guna saja bot saya kerana memang mahu ke Lembah Klang. Justeru, kami bertolak bersama bot yang dibawa menggunakan lori lelaki itu.

Mohd Shahril dan rakannya tiba di Taman Sri Muda pada jam 3 petang dan terus bantu memindahkan mangsa banjir. Ramai yang mesej memberinya lokasi untuk meminta bantuan dan ada yang sudah hampir empat hari terkandas dalam rumah tanpa bekalan elektrik.

Mohd Shahril juga memberitahu ada beberapa penduduk di teluk Intan telah menghantar lebih lima bot ke kawasan yang terkena musibah banjir.

Memang kasihan melihat keadaan mangsa banjir, terutama kanak-kanak dan warga emas. Paling membuatkan saya sedih apabila melihat bomba membawa mayat mangsa banjir.

Semoga mereka yang membantu mangsa banjir akan dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang berpanjangan. Sungguh mulia hati mereka kerana sanggup turun padang demi membantu rakyat yang terlibat dengan bencana banjir.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas