Connect with us

Oh! Media

“Air Mata Tak Dapat Kembalikan Rumah Yang Musnah..” – Luahan Mangsa Banjir

air mata

Trending

“Air Mata Tak Dapat Kembalikan Rumah Yang Musnah..” – Luahan Mangsa Banjir

“Air mata kami tidak dapat kembalikan rumah yang musnah akibat kejadian banjir ini.” Inilah luahan seorang penduduk di Taman Chegar Medang, menurut laporan Kosmo.

ADVERTISEMENT

BACA: Empat Rumah Dihempap, Warga Emas Cedera Ditimbus Tanah Runtuh

Mangsa banjir tersebut dikenali sebagai Mak Lang atau nama sebenarnya Yuroba Yakob yang menyatakan banjir lumpur yang berlaku itu merupakan bencana terburuk pernah melanda kawasan perumahannya.

Kedai makan hancur musnah selepas 10 tahun diusahakan

air mata

Menurut Mak Lang, semasa air sungai sudah jadi seperti laut setinggi dua tingkat yang bergelora, mereka hanya fikir untuk menyelamatkan nyawa dan tidak sempat untuk menyelamatkan barang dan dokumen peribadi yang penting. Air juga pada waktu itu sudah mahu melepasi bumbung rumah.

Saya tinggal di kawasan ini sejak 26 tahun lalu, kejadian itu paling dahsyat yang pernah dialami, kedai makan saya yang diusahakan sejak 10 tahun lalu juga musnah. Saya kini tinggal sehelai sepinggang dengan kerugian le­bih RM50,000.

Mujur pada hari kejadian, saya dan tiga anak sempat menyelamatkan mak mentua berusia 80-an yang terlantar sakit di atas katil. Air mata saya sudah tidak boleh mengembalikan rumah ini.

Mak Lang juga berkata, dia dan anak-anaknya tepaksa jalan lebih 200 meter untuk mencari barangan yang dihanyutkan dengan air deras. Mereka simpan mana yang boleh dipakai dan mana yang sudah rosak, mereka tempatkan di satu tempat.

Terpaksa bantu antara satu sama lain demi menyelamatkan diri

Seorang lagi penduduk bernama Nordin Mohd. Rashid mengatakan hujan sejak Khamis tidak berhenti sehingga Ahad lalu mengakibatkan banjir berlaku di kawasan terebut.

Pada Ahad lalu kira-kira 7 petang, siren kecemasan telah berbunyi dan air juga sudah mulai naik sehingga ke paras lutut, kami semua berada dalam ke­adaan panik dan hanya mampu berdoa untuk mengharungi banjir ini.

Air dipercayai dari Janda Baik telah turun ke Sungai Raub menyebabkan aliran air mengalir di kawasan kami, tidak sampai 15 minit, air sudah di paras dada. Kami terpaksa membantu antara satu sama lain untuk menyelamatkan diri ke tempat lebih tinggi.

Semoga penduduk yang terlibat dengan banjir diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan seharian mereka selepas ini. Semoga dimurahkan rezeki mereka dan diberi pertolongan yang sewajarnya oleh pihak kerajaan kerana mereka sudah tidak punya apa-apa.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas