Oh! Artis
Aliff Aziz Akhirnya Bersuara, Menangis Dan Mengaku Menyesal Keluarkan Cerita Curang Bella
Lama mendiamkan diri, penyanyi kontroversi Aliff Aziz akhirnya tampil dalam satu sesi podcast bersama Thecommonfolkssg.
BACA: Sarah Yasmin Kongsi Suara Aliff Aziz Merayu Dan Menangis Jangan Tinggalkannya
Dalam temubual tersebut, penyanyi berasal dari Singapura ini menjelaskan punca baru sekarang memunculkan diri.
Semua orang nak bercakap, selalunya orang yang bersalah ni dia kena cakap last lah.
Katanya, dia tidak mahu ada pihak berbalas-balas kenyataan dan ianya akan memburukkan lagi keadaan. Aliff juga meluahkan rasa bersalah dan menyesal kerana mengeluarkan cerita buruk mengenai isterinya.
Itu benda yang salah, aku menyesal kerana dia tetap ibu kepada dua anak aku. Tapi pada masa tu, aku dikuasai rasa marah dan kecewa.
Dalam sedutan pendek yang disiarkan di Instagram, Aliff dilihat mengalirkan air mata menyesali perbuatan yang telah dilakukannya selama ini.
Kredit: Instagram Thecommonfolkssg
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM