Kecoh di media sosial apabila seorang usahawan bernama Siti Jamumall berang mendakwa rambutnya rosak teruk ketika melakukan proses melunturkan warna rambut di sebuah salun kecantikan.
Tak puas hati dengan keadaan rambutnya, usahawan kontroversi itu mahu menyaman salun sebagai ganti rugi terhadap kerosakan rambut yang dihadapinya.
Michael Ang tegur Siti Jamumall
Melihat situasi itu, pengarah tersohor, Michael Ang tampil memberikan sedikit teguran terhadap usahawan tersebut ketika dia melakukan live di Instagramnya semalam.
Memetik laporan daripada Gempak, Michael Ang menjelaskan bahawa keguguran rambut merupakan satu perkara yang biasa ketika melakukan proses bleaching.
Kalau orang Asia, nak bleach rambut ambil masa satu hingga dua jam, bukan setengah jam seperti yang didakwa. Saya pun bleach rambut dan memang prosesnya ambil masa. Nak propa pun agak-agaklah.
Rambut dia tak akan botak. Memang kalau bleach, rambut akan gugur banyak. Semua orang bleach rambut pasti akan alami keguguran rambut.
Dia cuma guna alasan itu untuk korang yang tak tahu ingat rambut betul-betul gugur. Lebih-lebih rambut yang halus dan tak kuat, lagi akan gugur banyak.
Michael juga menambah bahawa dia menganggap video yang dimuat naik Siti Jamumall itu merupakan sebagai konten marketing semata-mata.
Ala, sekarang marketing semua sanggup buat apa sahaja. Nampak sangat nak tunjuk satu Malaysia bodoh.
Kau nak buat content boleh, takda siapa cakap tak boleh. Tapi buatlah content yang boleh dipercayai sikit. Janganlah buat content untuk orang kutuk. Tapi saya rasa orang Malaysia ni suka buat content untuk orang kutuk. Sebab lagi kutuk lagi famous.
Betul juga apa yang Michael Ang cakap tu, setiap apa yang kita buat mesti ada kesan sampingannya kan? Apa pula pandangan korang?