Connect with us

Oh! Media

Kes Saman Tertukar Bayi, Wanita Dakwa Hospital Tak Beri Kerjasama?

siti jamumall

Trending

Kes Saman Tertukar Bayi, Wanita Dakwa Hospital Tak Beri Kerjasama?

Pengasas laman web Jamumall atau nama sebenarnya Siti Suriani menjawab pertanyaan netizen mengenai perkembangan kes saman tertukar bayi Jun lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: Bayi Tertukar Di Hospital Kembali Ditemukan, Anggap Ini Satu Pengajaran Yang Tak Dilupakan

Netizen tertanya-tanya kesudahan kes itu memandangkan tiada perkembangan lanjut dilaporkan. Menurut Siti, kes mahkamah memang mengambil masa yang lama. Ada yang memakan masa sehingga bertahun-tahun untuk selesai.

Bagi kes saman melibatkan anaknya, Siti berkata ada beberapa dokumen yang perlu ditandatangani sebelum dihantar kepada pesuruh jaya sumpah. Ini sekaligus membuktikan dia tidak berdiam diri sahaja.

@jamumall.com

Reply to @eisza8294

♬ original sound – Jamumall.com

Dakwa Siti, kes ini berlanjutan kerana pihak hospital tidak memberi kerjasama dalam menyediakan data-data doktor yang menguruskan kelahirannya. Siti mendakwa lagi, dia tidak mempunyai maklumat mengenai doktor yang bertanggungjawab.

tertukar bayi

Terdahulu, viral satu Malaysia apabila wanita ini menyedari ‘Tag’ nama anak dan ibu yang dibawa pulangnya berbeza. Dia segera menghubungi pihak hospital untuk mendapatkan kepastian. Dalam beberapa jam, Siti berjaya menemukan anaknya kembali.

Kata Siti, pengalaman tersebut merupakan perkara yang tidak akan dilupakannya. Siti turut menasihati ibu-ibu yang bakal melahirkan anak supaya menjadikan kes ini sebagai pengajaran.

Kredit: TikTok @jamumall.com

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas