Connect with us

Oh! Media

Mengaku Keturunan Nabi Muhammad SAW, Tapi Ini Rupanya Identiti Sebenar Maula Amin?

Identiti maula amin ohmedia

Trending

Mengaku Keturunan Nabi Muhammad SAW, Tapi Ini Rupanya Identiti Sebenar Maula Amin?

Sebelum ini kami melaporkan Mawla Amin yang sebelum ini mengaku dari keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad SAW kini dalam pemerhatian Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana didakwa telah membuat kutipan dana awam secara haram di negara kita.

BACAIndividu Mengaku Cicit Nabi Muhammad, Mawla Amin Dan Pengikutnya Kini Dalam Pantauan PDRM

Terbaru! Menerusi Instagram, selebriti dan aktivitis iaitu Caprice mendedahkan identiti sebenar Mohamed Amin.

IKLAN
Mawla Amin

Akhirnya terbongkar nama asal “Mawla Amin” dekat Passport France dia sebelum dia pindah ke Morocco. Tolong tag/ forward kepada mak cik dan pak cik kopek udang.

Bukan tu jer, Kementerian Luar Negeri Maghribi juga telah mengesahkan yang Mawla Amin atau nama sebenarnya Muhammad Mohamed Amin Ouradji memang bukan warganegara Maghribi. 

Individu itu juga tiada kaitan kaitan dengan Sharif Idrissi di Maghribi atau mana-mana keturunan Nabi Muhammad SAW dan perkara ini dilaporkan menerusi Portal Hespress.

Mohamed Amin Ouradji dilahirkan di Algiers, Algeria pada 1984 dan berhijrah ke Perancis bersama keluarganya.

Sebelum ini Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar turut memberikan peringatan kepada masyarakat untuk menjauhi sikap taasub.

Peringatan ini diberikannya selepas melihat masyarakat terlampau taasub dengan Mawla Amin yang mendakwa dirinya ada dalam jalur keturunan Nabi Muhammad SAW.

Kredit: Instagram Caprice

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Oh! Podcast

Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18

OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM

Oh! Botcast

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas