Connect with us

Oh! Media

“Memang Itu Perangai Mak Saya” – Anak Peniaga Restoran Viral Melaka Tampil Pertahankan Ibu

restoran 35

Trending

“Memang Itu Perangai Mak Saya” – Anak Peniaga Restoran Viral Melaka Tampil Pertahankan Ibu

Baru-baru ini viral di media sosial luahan seorang pelanggan yang kecewa dengan layanan yang diterimanya ketika berkunjung ke sebuah restoran di Melaka.

ADVERTISEMENT

BACA: “Nampak Macam Orang Bod*h Je Guna Bahasa Kasar” – Netizen Kecam Peniaga Restoran Biadap Di Melaka

Dakwa wanita itu, dia yang datang dengan keluarga dari Singapura disindir dan diperlekeh peniaga restoran menjadikan ianya satu pengalaman buruk buat mereka.

Terbaru, mStar melaporkan, anak kepada peniaga itu yang dikenali sebagai Illa menjelaskan pelanggan tersebut datang ke restoran mereka di Bandar Hilir pada pukul 4 petang bukannya pukul 2 seperti yang ditularkan.

Apabila dah datang pukul 4 petang memanglah banyak barang dan makanan habis.

Tapi saya dah maklumkan kalau nak makan juga, kami sediakan apa yang masih ada.

Mengenai dakwaan ibu lantang bersuara di depan pelanggan, Illa berkata ianya bukan perkara baru.

Tambahnya, jika pelanggan regular, mereka sudah tahu mengenai perangai emaknya.

Daripada mak ayah pelanggan sehingga ke anak mereka memang kenal.

Malah, restorannya sebelum ini juga pernah viral dikaitkan dengan isu seorang influencer.

Malah sebelum restoran saya viral sebab isu influencer dua tahun lepas memang itu perangai mak saya. Kami bukan baru berniaga, dah berpuluh-puluh tahun.

Lagi pula emaknya tidak memaki hamun seperti yang diperkatakan. Apa yang dirakam dalam video sekadar perbalahan katanya.

Memang mak saya membebel, tapi mak tak mencarut.

Ujar Illa lagi, pelanggan itu kata pernah datang ke restoran itu jadi dia sepatutnya dia lebih tahu perangai emaknya.

Pada hari kejadian, ada ramai pelanggan lain di dalam restoran kenapa mereka okay dan tak timbulkan isu?

Dalam pada itu, Illa meluahkan rasa kesal kerana merasakan pelanggan itu sengaja mencari publisiti dan memburukkan imej dan reputasi perniagaan yang diusahakan ibunya sejak 30 tahun yang lalu.

Illa turut kecewa apabila harga yang dikenakan dikatakan mahal sedangkan pelanggan makan bersama 10 ahli keluarga yang lain.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas