Connect with us

Oh! Media

“Nampak Macam Orang Bod*h Je Guna Bahasa Kasar” – Netizen Kecam Peniaga Restoran Biadap Di Melaka

Oh! Tidak

“Nampak Macam Orang Bod*h Je Guna Bahasa Kasar” – Netizen Kecam Peniaga Restoran Biadap Di Melaka

‘Lidah lebih tajam daripada pedang’, itulah pepatah yang sesuai digunakan untuk peniaga restoran ini yang menyakiti hati pelanggannya dengan kata-kata.

ADVERTISEMENT

Melalui satu perkongsian video di Twitter, seorang wanita meluahkan rasa kecewa mendapat layanan tidak baik ketika berkunjung ke sebuah restoran di Melaka.

Menurut wanita itu, dia dan keluarga tiba di restoran itu kira-kira jam 2 petang. Dia bertanyakan mengenai lauk yang ada di restoran kerana kebanyakannya sudah habis tetapi dijawab dengan penuh sinis oleh peniaga restoran.

Tidak habis dekat situ, peniaga itu didakwa terus membebel menyebabkan mereka sekeluarga tidak selesa. Namun memikirkan mereka sekeluarga sudah sampai dan lapar, mereka teruskan makan di situ.

Sebab ada ikan pari aku terus order semua suruh hidang maknanya ada le lauk lagikan. Kalau habis kau cakap le habis, makcik puaka menyampuk “kau datang dah pukul berapa kalau ada gajah, gajah pun habis”.

Aku ni jiran atau anak-anak buah kau ke kau sound camtu tapi aku ni fikir orang tua hidup pun dah tak lama malas layan masih lagi order and terus makan, sebab aku dah lapau nau. Kalau betul tak bagi kami makan kat sini dengan secara warasnya sebagai manusia cakap dengan baik maaf dik dah tutup atau kami tak terima pelangan lagi maaf.

Selain itu, peniaga itu didakwa merendah-rendahkan pelanggan tersebut dengan menyatakan dia tidak mempunyai wang kerana memesan telur dadar.

Pelanggan itu juga menerangkan tidak ada sebarang perkataan maaf yang keluar dari pihak restoran membuatkan dia berasa terkilan dengan perangai peniaga.

Susulan kejadian itu restoran itu dikecam teruk oleh netizen kerana bersikap kurang ajar dengan pelanggan.

Kredit: Isu Semasa Viral | Beautifulnara

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas