Connect with us

Oh! Media

Memandu Secara Melulu Kerana Dipercayai Gaduh Dengan Kekasih, Pelakon Tambahan Ditahan Polis

Trending

Memandu Secara Melulu Kerana Dipercayai Gaduh Dengan Kekasih, Pelakon Tambahan Ditahan Polis

Semalam tular di media sosial mengenai satu video yang memaparkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi dipandu secara melulu di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Hulu Kelang berhampiran jejambat susur Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE).

ADVERTISEMENT

BACA: (Video) Diserang Sawan Ketika Memandu, Pemandu Kemalangan Dengan 9 Kenderaan Lain

Lebih parah lagi, gaya pemanduan ditunjukkan pemandu itu telah menyebabkan penumpang dipercayai kekasihnya tercampak ke luar kereta. Sampai macam tu sekali?

@utusantvofficial Suspek berumur 30 tahun ditahan polis hari ini. #beritaditiktok #fyp #trendingnewsmalaysia #mrr2 #myvi ♬ original sound – UtusanTV

Pelakon dipercayai bergaduh dengan kekasih

Terbaru, Harian Metro melaporkan bahawa pemandu yang merupakan seorang pelakon tambahan itu telah pun ditahan pihak polis bagi membantu siasatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, kemalangan yang tular di media sosial itu berlaku sekitar jam 5.30 petang turut membabitkan dua buah kenderaan.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Myvi dipandu selebriti lelaki yang juga pelakon sambilan berusia 30 tahun itu menukar lorong secara zigzag hingga hilang kawalan.

Kereta itu kemudian hingga terlanggar bahagian sisi kiri sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Innova.

Tambah Mohamad Farouk lagi, kejadian ini dipercayai berpunca apabila pelakon tambahan itu yang dikatakan mengalami sedikit salah faham dan bertengkar bersama teman wanitanya.

Siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku akibat kecuaian pemandu Perodua Myvi yang memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemalangan.

Difahamkan ketika kejadian, lelaki itu bertengkar dengan kekasihnya yang juga penumpang wanita yang tercampak dalam kejadian itu.

Difahamkan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 selepas pemandu kedua-dua kenderaan itu tampil membuat laporan mengenai kejadian tersebut.

Kredit: TikTok utusantv | Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas