Connect with us

Oh! Media

(Video) Diserang Sawan Ketika Memandu, Pemandu Kemalangan Dengan 9 Kenderaan Lain

Trending

(Video) Diserang Sawan Ketika Memandu, Pemandu Kemalangan Dengan 9 Kenderaan Lain

Sekurang-kurangnya 10 kenderaan terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Tun Abdul Razak, Lebuh Ayer Keroh di sini malam tadi. 

ADVERTISEMENT

BACA: Rakaman Dashcam Dua Kakitangan KKM Dirempuh Lori Ketika Tukar Tayar Kereta Pancit

Menurut Utusan, kemalangan itu telah mengakibatkan seorang wanita patah tulang hidung, manakala lima yang lain cedera.

Kejadian itu dipercayai berlaku apabila pemandu sebuah kereta jenis BMW 330E berusia 38 tahun diserang sawan ketika berhenti di lampu isyarat merah di Taman Chiptaco kira-kira jam 9.14 malam.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintenden Amran@Mohamad Zaki Omar, pemandu yang merupakan seorang lelaki tertekan pedal minyak sekaligus menyebabkan keretanya merempuh kenderaan lain ketika diserang sawan.

Beberapa kenderaan dihadapannya yang juga menunggu lampu isyarat dirempuh dan insiden itu dilaporkan bertambah teruk apabila mangsa dipercayai diserang sawan buat kali kedua. 

Sebanyak sembilan buah kereta dirempuh dan lima individu mengalami kecederaan termasuk seorang wanita berusia 21 tahun mengalami patah tulang hidung.

Kenderaan yang terlibat merupakan dua buah Perodua Myvi dan masing-masing sebuah Honda Jazz, Perodua Kenari, Perodua Viva, Perodua Alza, Toyota Corolla Altis, Nissan Frontier dan Proton Persona.

Video kemalangan tular di media sosial

Beberapa video yang menunjukkan situasi ketika kemalangan itu berlaku mula tular setelah dimuatnaik di media sosial malam tadi.

@mr_stonee66 #part2 #melaka#aeonmelakaayerkeroh a ♬ original sound – Bubih
@utusantvofficial Lokasi Aeon Ayer Keroh, Melaka | 3 JUN 2022 | 10 malam. #TrendingNewsMalaysia #fyp #beritaditiktok ♬ original sound – UtusanTV

Tambah Superitenden Amran lagi, pemandu BMW itu mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Sementara empat lagi mangsa ditempatkan di Zon Hijau manakala wanita yang mengalami patah hidung dirawat di Zon Kuning Hospital Melaka.

Kredit: Utusan Malaysia | TikTok utusantvofficial | TikTok mr_stonee66

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas