Connect with us

Oh! Media

Mayat Wanita Tanpa Pakaian Ditemui Di Sebuah Kedai Makan

Mayat wanita

Trending

Mayat Wanita Tanpa Pakaian Ditemui Di Sebuah Kedai Makan

Seorang wanita ditemui mati di sebuah kedai makan yang terletak di Bandar Rinching, Semenyih. Mayat warga Indonesia itu disyaki dibunuh dan ditinggalkan dalam keadaan tidak berpakaian dan diselubungi kain.

ADVERTISEMENT

BACA : Mayat Lelaki Dijumpai Terapung Memakai Gelang Putih

Menurut laporan Sinar Harian, pihak polis menerima maklumat daripada orang awam yang mendakwa terdapat bau yang kurang menyenangkan di kedai berkenaan pada waktu pagi.

Setelah anggota Bomba dan Penyelamat tiba di lokasi dan membuka ‘roller shuttle’, mereka menemui mayat wanita berkenaan dan perkara ini dikatakan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan.

Saksi yang berada di tempat kejadian mengatakan bahawa kali terakhir nampak mangsa adalah pada hari Sabtu ketika dia berniaga di kedai makan tersebut.

Motif dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Mayat wanita yang berusia dalam lingkungan 50-an itu telah dihantar ke Bahagian Perubatan Forensik Hospital Serdang untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian dan kes disiasat Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas