Connect with us

Oh! Media

zayn rayyan

Trending

“Masa Kejadian Dia Dengan Saya” – Keluarga Menjerit Tuntut Keadilan Buat Ibu Bapa Zayn Rayyan

Datuk dan nenek kepada kanak-kanak autisme mati dibunuh Zayn Rayyan menuntut keadilan buat arwah cucu serta anak menantu yang kini dalam tahanan reman.

BACA: Ibu Bapa Zayn Rayyan Dalam Keadaan Tertekan, Tegaskan Pembunuh Masih Ada Di Luar

IKLAN

Menerusi video yang dimuat naik mStar, ahli keluarga ibu bapa Zayn Rayyan berkumpul di luar mahkamah mengangkat kain rentang ‘Justice for Zaim dan Isma’.

Mereka menjerit bahawa pembunuh sebenar masih berada di luar sana dan Allah SWT akan membantu mereka.

Korang kena ingat, kalau abang kena tangkap, pembunuh sebenar dekat luar sana korang tau tak. Kalau salah tangkap, keselamatan rakyat kita ditanggung.

Dalam temubual, Zahari Mohd Reba berkata dia mahukan keadilan buat cucunya Zayn Rayyan dan anaknya Zaim Ikhwan Zahari serta menantu Ismanira Abdul Manaf.

Pada masa kejadian tu, dia berada dengan saya. Buat kerja bersama. Kita nak keadilan.

Nenek Zayn Rayyan pula berkata, pasangan itu merupakan ibu bapa yang baik untuk Zayn Rayyan. Buat masa ini, mereka mahukan keadilan kerana pembunuh masih bebas di luar sana.

Terdahulu, bapa Zayn Rayyan mendakwa dirinya telah dianiaya dan difitnah. Ahli keluarga yang melihat keadaan suspek sedang bergari terus menjerit memberi kata-kata semangat supaya terus kuat dan tidak menjadi kambing hitam.

Kredit: mStar | Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas