Connect with us

Oh! Media

“Marah La Organiser, Kesian Emcee” – Farish Aziz

Farish Mc

Trending

“Marah La Organiser, Kesian Emcee” – Farish Aziz

Tular di media sosial semalam kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim mengenai kehadirannya di Stadium Bukit Jalil menyaksikan perlawanan akhir KL City dan Johor Darul Ta’zim (JDT).

BACA: KL City Cipta Dua Detik Bersejarah, Reaksi Sanusi Pula Tarik Perhatian Ramai

Menerusi hantaran di Facebook itu, beliau berkata pengacara tidak menjemputnya turun ke padang. Malah, pengacara juga tidak menyebut namanya.

IKLAN
Shahidan Kasim

Selaku pengacara di pitchside bagi perlawanan akhir semalam, Farish Aziz memohon pengacara tidak disalahkan apabila berlakunya hal-hal yang sedemikian.

Farish

Difahamkan, personaliti radio dan televisyen itu memberi respon selepas menerima pelbagai mesej daripada orang ramai berkenaan kenyataan yang dikeluarkan Menteri Wilayah.

Farish berkata, dia hanyalah pengacara di tepi padang bertujuan untuk memeriahkan penonton yang hadir. Dia bukanlah pengacara rasmi yang mengumumkan protokol, senarai jemputan yang hadir dan sebagainya.

Jangan juga kasi salah emcee kalau nama tidak disebut (unless dia sengaja atau lupa) Sebab list of names/protocol side disediakan oleh organiser for emcee to announce.

So dia akan baca saja nama-nama itu. Marah la organiser. Kesian emcee.

Ujarnya lagi, untuk satu-satu acara, senarai nama atau protokol disediakan oleh penganjur. Pengacara bertugas hanya mengumumkannya sahaja.

Kredit: Utusan Malaysia | Farish Aziz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas