Connect with us

Oh! Media

KL City Cipta Dua Detik Bersejarah, Reaksi Sanusi Pula Tarik Perhatian Ramai

Sanusi

Trending

KL City Cipta Dua Detik Bersejarah, Reaksi Sanusi Pula Tarik Perhatian Ramai

Malam penuh bersejarah buat pasukan Kuala Lumpur City (KL City) apabila berjaya menewaskan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan 2-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.

BACA: Followers Naik Mendadak, Ketangkasan Penjaga Gol KL City Curi Tumpuan

Pengendali KL City, Bojan Hodak berjaya mengekalkan rentak cemerlang dalam kancah Piala Malaysia selepas anak buahnya, Zhafri Yahya dan Paulo Josue menjaringkan gol penting dalam perlawanan tersebut.

IKLAN

Lebih mengejutkan adalah aksi penjaga gawang KL City, Ray Mendoza yang cukup tangkas menafikan beberapa peluang terbaik dimiliki JDT sekaligus membantu The City Boys meraih kemenangan.

Satu kejuaraan, dua detik bersejarah di Bukit Jalil

Hasil kemenangan pasukan tersebut semalam, siapa sangka terdapat dua detik bersejarah yang akan terpahat dalam memori peminat bola sepak tanah air.

Hal itu selepas pasukan KL City berjaya mencipta sejarah menjulang trofi Piala Malaysia buat kali keempat dengan menamatkan kemarau selama 32 tahun.

Berdasarkan rekod, kali terakhir pasukan itu menjuarai piala tersebut adalah pada edisi 1989 ketika merekodkan gelaran hatrik pada musim tersebut.

Tidak cukup dengan itu, KL City juga bakal diberikan slot automatik untuk beraksi dalam Piala Konfederasi bola Sepak Asia (AFC) pada musim hadapan.

Whatsapp image 2021 11 30 at 115851 pm

Selain itu, detik bersejarah yang berlaku semalam menyaksikan pemain veteran, Shukor Adan telah mengumumkan persaraan dari dunia bola sepak selepas beraksi selama 24 tahun.

Pemain berusia 42 tahun itu turut menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada rakan sepasukan, peminat serta semua pihak selain menyatakan ia merupakan hadiah terbaik untuk persaraannya.

Sanusi ucap tahniah, ‘perli’ JDT

Ketika suasana penuh emosi dari kalangan peminat bola sepak tempatan, Presiden Kedah Darul Aman FC (KDA FC) tidak ketinggalan mahu menumpang kegembiraan tersebut.

Beliau yang sebelum ini pernah berbalas kenyataan di media sosial dengan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sekali lagi hadir dengan kenyataan yang seakan-akan ‘memerli’ pasukan harimau selatan itu.

Menerusi perkongsiannya di laman Facebook, beliau memuat naik kenyataan ringkas dengan ‘memerli’ seekor harimau selain turut mengucapkan tahniah kepada KL City.

Screenshot 1941

Netizen beri pelbagai reaksi

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen juga dilihat turut terhibur dengan kenyataan Presiden KDA FC itu selain sempat mengucapkan tahniah kepada The City Boys.

Screenshot 1945
Screenshot 1946

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 7,000 tanda suka serta seramai 1,300 netizen telah memberikan reaksi.

Kredit: Facebook Sanusi I Youtube

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas