
Trending
Manusia Bakal Hidup Di Angkasa Lepas?
Oleh
Pengasas Blue Origin, Jeff Bezos mengatakan bahawa manusia bakal mendapat rumah kediaman baru, iaitu di angkasa lepas dan bumi hanyalah menjadi tempat percutian buat semua orang pada masa akan datang.
BACA: Angkasawan Masak Taco Guna Lada Yang Ditanam Di Angkasa Lepas
Menerusi laporan Utusan, hartawan itu juga memberi ramalan bahawa manusia akan lahir di angkasa dan hidup dalam silinder terapung gergasi dalam beberapa abad akan datang.
Menempatkan sehingga sejuta orang

Jeff Bezos percaya bahawa silinder yang dikatakan itu boleh muat sehingga sejuta orang dan boleh mencipta semula graviti persekitaran bumi, dilengkapi dengan sungai, hutan dan hidupan liar.
Kenyataan ini telah dibuat oleh Jeff Bezos semasa sesi perbincangan mengenai dasar angkasa lepas Amerika Syarikat (AS).
Ramai orang akan lahir di angkasa lepas dan ia akan menjadi rumah pertama mereka dalam tempoh beberapa abad akan datang.
Mereka akan dilahirkan di koloni itu, tinggal di koloni tersebut dan kemudian mereka akan mengunjungi bumi seperti melawat Taman Negara Yellowstone.
Menurut Utusan, silinder yang disebut Bezos itu memiliki panjang 4.82 kilometer (km) dan mempunyai pengangkutan berkelajuan tinggi dan kawasan pertanian dengan beberapa reka bentuk untuk rekreasi.
Besar sungguh ramalan hartawan ini. Sesungguhnya, Tuhan yang maha berkuasa dan lebih mengetahui.
Kredit: Utusan
