Connect with us

Oh! Media

Angkasawan Masak Taco Guna Lada Yang Ditanam Di Angkasa Lepas

angkasawan

Trending

Angkasawan Masak Taco Guna Lada Yang Ditanam Di Angkasa Lepas

Seorang angkasawan, Megan McArthur telah berjaya menghasilkan taco pedas terbaik selepas berjaya menghasilkan tanaman lada di angkasa lepas.

ADVERTISEMENT

BACA: Angkasawan Negara Bakal Dapat Sepasang Lagi Anak Kembar!

Macam tidak percaya apabila mendengar berita boleh tanam di angkasa lepas, tetapi itulah kenyataanya. Selepas ini, makin banyaklah menu yang boleh dihasilkan oleh angkasawan yang berada di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Eksperimen paling mencabar

angkasawan
Hasil tanaman lada (Foto: Kosmo)

Menurut Kosmo, angkasawan yang berada di ISS kini boleh menghasilkan menu popular Mexico, iaitu taco pedas selepas berjaya menanam lada di angkasa lepas. Penyelidik menyatakan bahawa ini merupakan eksperimen yang paling mencabar, yang pernah dilakukan oleh NASA.

Penyelidikan tersebut termasuk analisis mikrob untuk meningkatkan pemahaman tentang interaksi tumbuhan dengan mikrob di angkasa lepas.

Ia juga melibatkan penilaian kru terhadap rasa, tekstur serta nutrisi lada pertama yang ditanam di angkasa lepas. -NASA

Angkasawan NASA telah menaman lada ini sejak Julai untuk dijadikan sebagai penyiasatan Habitat Tanaman-04 NASA.

Selepas menuai, kami kini boleh merasai lada hijau dan merah itu dan melakukan kaji selidik untuk mendapatkan data.

Akhirnya, saya berjaya menghasilkan taco pedas terbaik di angkasa lepas yang berintikan daging fajita, tomato kering, articok dan lada yang dituai. – Megan McArthur

Memang sesuatu yang luar biasa apabila tanaman lada ini berjaya dilakukan oleh angkasawan di NASA. Tak sabar rasanya nak tengok menu seterusnya menggunakan lada-lada ini!

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas