Connect with us

Oh! Media

Tular Video Sesak Pengunjung Di ‘Sunway Lagoon’, Polis Jalankan Siasatan

Trending

Tular Video Sesak Pengunjung Di ‘Sunway Lagoon’, Polis Jalankan Siasatan

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan kesesakan pengunjung di sebuah taman hiburan di Sunway Lagoon sehingga mencetuskan persoalan ramai pihak.

ADVERTISEMENT

BACA: Tular Video Sekumpulan Individu Langgar SOP, Polis Jalankan Siasatan

Kejadian yang dikatakan berlaku pada 6 November lalu menunjukkan beberapa aksi pengunjung yang menari sakan di salah sebuah kawasan kolam air di kawasan tersebut.

Klip video pendek yang tular itu telah mencetuskan perdebatan ramai mengenai pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di kawasan itu termasuklah had kapisiti yang dibenarkan dalam satu masa.

Polis jalankan siasatan isu video di Sunway Lagoon

Berhubung dengan video yang memaparkan kesesakan pengunjung itu, polis dilaporkan akan menjalankan siasatan terperinci dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Taman Tema Sunway Lagoon, Petaling Jaya.

Menurut laporan Kosmo, pihak polis telah mengesan video tersebut yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook mengenai pelanggaran SOP di kawasan tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Mohd. Fairus Jaafar berkata, setakat ini, tiada sebarang laporan yang diterima pihaknya mengenai insiden ini.

Tambahnya lagi, siasatan awal mendapati Taman Tema tersebut hanya boleh dimuatkan seramai 40,000 orang dalam satu masa.

Manakala kapasiti mengikut SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 pula, hanya separuh daripada kapasiti asal dibenarkan dalam satu masa.

kapasiti yang dibenarkan mengikut SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 adalah seramai 20,000 orang dalam satu-satu masa.

Akan ambil tindakan jika wujud sebarang pelanggaran SOP

Selain itu, hasil siasatan pada tarikh tersebut juga mendapati seramai 3,513 pengunjung telah direkodkan hadir di kawasan Taman Tema tersebut.

Pihak kami akan menjalankan siasatan terperinci dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya wujud pelanggaran SOP PPN Fasa 4.

Mohd. Fairus berkata, pihanya juga turut meminta bantuan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian untuk disalurkan kepada pihak berkuasa.

Mereka boleh memberikan maklumat itu dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian  03-56210343.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas