Connect with us

Oh! Media

“Mangsa Kahwin Dengan Orang Lain” – Suspek Mengaku Kerat Mayat Bekas Tunang Akibat Tuntutan Wang

Ohmedia suspek Bunuh Kk

Trending

“Mangsa Kahwin Dengan Orang Lain” – Suspek Mengaku Kerat Mayat Bekas Tunang Akibat Tuntutan Wang

Suspek mendakwa pembunuhan itu berkait konflik hubungan peribadi antara dia dan mangsa, termasuk isu tuntutan wang.

Kes pembunuhan kejam di Kota Kinabalu menggemparkan ramai apabila seorang wanita ditemui dalam keadaan tragis dengan anggota badan dikerat dan dibuang di beberapa lokasi sekitar Taman Indah Permai.

Suspek utama, seorang lelaki tempatan berusia 71 tahun, mengaku membunuh mangsa yang juga bekas tunangnya, dipercayai berpunca daripada konflik peribadi serta tuntutan wang pertunangan.

Bertengkar isu tuntutan wang pertunangan

Mayat Wanita

Memetik laporan Harian Metro, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, suspek mendakwa pembunuhan itu berlaku selepas pertunangan mereka putus kerana mangsa telah berkahwin dengan orang lain.

IKLAN

Perkara itu mencetuskan pertengkaran yang membawa kepada tragedi tersebut.

Suspek mendakwa pembunuhan itu berkait konflik hubungan peribadi antara dia dan mangsa, termasuk isu tuntutan wang pertunangan selepas pertunangan mereka dipercayai putus kerana mangsa sudah berkahwin dengan individu lain.

Saksi nampak mangsa lari dalam keadaan cemas sebelum ditarik masuk semula ke dalam rumah

Mayat

Berdasarkan maklumat saksi, mangsa pernah dilihat berlari keluar dari sebuah rumah dalam keadaan cemas sebelum ditarik semula ke dalam oleh seorang lelaki, dan ini menjadi antara petunjuk penting siasatan.

Polis kemudian menahan suspek utama di Unit Kecemasan Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) malam semalam untuk membantu siasatan lanjut.

Tak lama selepas itu, seorang lagi lelaki tempatan berusia 19 tahun turut ditahan di sebuah unit kediaman di Taman Seri Maju Apartment, Sepanggar kerana dipercayai turut ada kaitan dengan kejadian.

Kedua-dua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Polis turut merampas telefon bimbit, pakaian dipercayai dipakai semasa kejadian, serta sebuah kenderaan jenis Nissan X-Trail berwarna keemasan untuk tujuan siasatan forensik.

Pssttt! Perkara sebegini sepatutnya boleh diselesaikan dengan baik, bukan berakhir dengan pembunuhan. Konflik peribadi dan kekecewaan dalam hubungan tidak patut dijadikan alasan untuk meragut nyawa orang lain. Semoga keadilan ditegakkan dan keluarga mangsa diberi kekuatan menghadapi ujian berat ini.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas