Connect with us

Oh! Media

Mangsa Banjir Terus Meningkat Di Johor, Mersing Antara Daerah Yang Terjejas

mersing

Trending

Mangsa Banjir Terus Meningkat Di Johor, Mersing Antara Daerah Yang Terjejas

Hujan yang berlarutan beberapa hari ini telah mengakibatkan banjir di beberapa daerah di Johor, termasuk Mersing. 366 mangsa telah ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di Mersing.

ADVERTISEMENT

BACA: 4 Negeri Diramal Banjir Mulai Esok, Penduduk Diminta ‘Peka’ Dan Waspada!

Menerusi laporan Awani, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar R Vidyananthan mengatakan, jumlah mangsa tertinggi terletak di PPS Politeknik Mersing, dengan menempatkan seramai 104 mangsa daripada 27 keluarga.

Segamat merekodkan jumlah mangsa tertinggi

mersing
Banjir di Mersing

Menurut Vidyananthan, mangsa banjir di Johor kini meningkat dari 3,655 orang kepada 3,841 pada jam 8 pagi tadi.

Keseluruhan PPS yang dibuka setakat ini sebanyak 62, berbanding hanya 59 PPS pada tengah malam tadi di lima lagi daerah terjejas iaitu Segamat, Tangkak, Kota Tinggi, Johor Bahru dan Kluang.

Ketika ini, Segamat masih merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu sebanyak 3,178 orang daripada 828 keluarga, yang ditempatkan di 47 PPS.

Manakala Kota Tinggi mencatatkan 122 mangsa daripada 41 keluarga, yang ditempatkan di 3 PPS.

Setakat jam 8 pagi tadi, Sungai Segamat dan Sungai Tangkak berada pada paras bahaya.

Para penduduk diminta untuk bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku dan pastikan semua barang penting diletakkan di tempat yang selamat.

Kredit: Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas