Connect with us

Oh! Media

Makcik Kemboja Dan Anak Mengaku Tidak Bersalah Hina Orang Melayu

Makcik Kemboja

Trending

Makcik Kemboja Dan Anak Mengaku Tidak Bersalah Hina Orang Melayu

Hari ini, usahawan kontroversi yang dikenali sebagai Mak Cik Kemboja telah didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh apabila mendakwa orang melayu malas.

ADVERTISEMENT

BACA: Tuduh Orang Melayu Malas, Makcik Kemboja Bakal Didakwa Di Mahkamah Esok

Walau bagaimanapun, Mariyah Yaakob dan anaknya, Ezuan Hafsyam Mohd Hisyam telah mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Mohd Sabri Ismail.

Difahamkan, usahawan berkenaan didakwa membuat penyataan dengan niat yang mungkin mengapikan kaum Melayu melakukan kesalahan terhadap mana-mana kaum lain.

Perbuatan itu dilakukan menerusi rakaman video di aplikasi TikTok pada 16 November lalu dan telah mencetuskan kemarahan orang ramai.

Pendakwaan terhadap ibu tunggal tiga orang anak itu dijalankan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Makcik Kemboja

Manakala, anaknya yang masih menyambung pengajian di luar negara didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum dibawah Seksyen 233(3) akta sama.

Ezuan didakwa secara sedar menggunakan aplikasi TikTok dengan memulakan penghantaran komunikasi jelik dikeluarkan ibunya dengan niat menyakitkan hati orang lain.

Kesalahan tersebut dilakukan menerusi aplikasi TikTok dan boleh dipenjara sehingga setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya dan hendaklah didenda selanjutnya RM1,000 setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan, jika sabit kesalahan.

Pengarah Pendakwaan Negeri Melaka, Ahmad Sazali Omar berkata dia tidak mencadangkan sebarang jaminan, namun sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara beliau mencadangkan jaminan minimum RM30,000 bagi setiap tertuduh.

Tambahan, juga dicadangkan supaya pasport mereka diserahkan kepada mahkamah selain memohon perintah untuk menghalang kedua-dua tertuduh mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan kes bagi mengelakkan gangguan sepanjang prosiding mahkamah.

Makcik Kemboja

Namun begitu, peguam Kamal Hisham Ja’afar, merayu supaya jumlah jaminan mereka direndahkan kerana perniagaan dua beranak itu telah terkesan selepas diboikot akibat kontroversi berkenaan.

Bukan itu sahaja, Kamal Hisham turut memohon mahkamah untuk tidak menahan pasport dua beranak itu kerana Mariyah sering ke luar negara bagi urusan perniagaan manakala anaknya pula masih belajar di sebuah universiti swasta di luar negara.

Sementara itu, Ahmad Sabri membenarkan dua beranak itu diikat jaminan dengan jumlah RM15,000 dikenakan terhadap Mariyah dan RM 10,000 terhadap anaknya.

Dalam pada itu, mahkamah menetapkan 12 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Kertas siasatan juga telah dibuka di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan sesuatu kaum.

Kredit: SinarHarian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


https://www.tiktok.com/@ohmedia/video/7306071859303435521?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7135797539647243778

  • Makcik Kemboja
  • Makcik Kemboja

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas