Connect with us

Oh! Media

Tuduh Orang Melayu Malas, Makcik Kemboja Bakal Didakwa Di Mahkamah Esok

Makcik Kemboja

Oh! Tidak

Tuduh Orang Melayu Malas, Makcik Kemboja Bakal Didakwa Di Mahkamah Esok

Usahawan kontroversi dikenali sebagai Mak Cik Kemboja dan anaknya, Ezuan tampil memohon maaf di atas insiden yang dia mendakwa orang melayu malas, baru-baru ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Mak Cik Kemboja Mohon Maaf Secara Terbuka, Tak Berniat Hina Cuma Nak Beri Motivasi

Kontroversi video usahawan itu pernah mencetuskan kemarahan orang ramai dan dia turut membuat permohonan maaf secara terbuka dalam satu sidang media.

Namun begitu, usahawan yang juga bernama Mariyah Yaakob, 49, dijangka bakal didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, esok.

Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Zainol Samah, berkata selain wanita terbabit, anak lelakinya Ezuan Hafsham Mohd Hisyam, 22, turut akan dituduh.

Kertas siasatan kes berkenaan sudah diterima daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Negeri dan arahan lanjut daripada Jabatan Peguam Negara adalah untuk mendakwa kedua-dua individu terbabit pada esok.

Wanita itu akan didakwa mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan manakala anak lelakinya mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

Kemboja

Malah, kes berkenaan akan dikendalikan Pengarah Pendakwaan negeri, Ahmad Sazali Omar di Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh.

Difahamkan, media sebelum ini pernah melaporkan polis sudah melengkapkan kertas siasatan kes itu dan dirujuk kepada Pejabat TPR untuk tindakan selanjutnya.

Bukan itu sahaja, polis turut menyoal siasat dan merakam keterangan 14 saksi lain yang boleh membantu siasatan lain selain Mariyah.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Okay lah diorang dah minta maaf kita cuba je la move on ye.

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

  • Makcik Kemboja
  • Makcik Kemboja

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas