Connect with us

Oh! Media

“Mak Lampir, Scammer 100k, Curang?” – Isteri Masih Sayang Along Cham Walau Difitnah Dan Diaibkan

Ohmedia along Cham 5

Oh! Artis

“Mak Lampir, Scammer 100k, Curang?” – Isteri Masih Sayang Along Cham Walau Difitnah Dan Diaibkan

Kisah rumah tangga pelawak Along Cham semakin hangat diperkatakan apabila isterinya, Afreena Suhaimi, memuat naik beberapa hantaran di Instagram yang mencuri perhatian ramai.

BACA: “Hebat, Game Over Feena” – Adik Along Tampil Bersuara, Dakwa Kak Ipar Sengaja ‘Petik’ Nama Ika

Melalui Instagram Story, Afreena berkongsi beberapa petikan kata yang mencerminkan luahan hati, seolah-olah menggambarkan situasi yang sedang dihadapinya.

IKLAN

Luahan penuh emosi, Afreena rindu dan sayangkan Along Cham

Afreena Suhaimi

Dalam salah satu hantaran, Afreena memuat naik petikan berbunyi, “Care too little, you’ll lose them. Care too much, you’ll get hurt”, disusuli dengan ayat, “But I still care, miss and love”.

Ini seolah-olah menggambarkan dilema perasaannya yang masih sayang, namun turut terluka dengan apa yang berlaku.

Tidak terhenti di situ, Afreena meluahkan rasa hairan dengan perubahan sikap suami yang dikenalinya bukan begitu.

Mak Lampir, Scammer 100k? Curang? Block family? What else? What happened to the hubbylove i know because you are not like this. Thank you suami for all this.

Menurut Afreena lagi, walaupun pelbagai tuduhan dilemparkan terhadapnya, dia tidak akan sesekali mengaibkan suami sendiri.

Feena tidak akan aibkan suami

Along Cham

Katanya, Along masih suaminya dan dia sangat menyayangi lelaki itu.

“It’s okay… you can expose whatever statement you want. You’re still my ‘husband’. I won’t aibkan you regardless whatever happen or fitnah you. Siapa tak sayang suami kan?”, tulisnya.

Terdahulu, tular di media sosial kenyataan Along mendakwa isterinya sudah melanggar tiga perjanjian taklik yang dipersetujui sebelum ini pada tahun lalu.

Dakwa Along lagi, isterinya juga telah menyeleweng sumbangan sebanyak RM100,000 yang sepatutnya digunakan untuk kegunaan dirinya ketika ditahan di Penjara Sungai Buloh, termasuk urusan penjagaan anak lelakinya, Ahmad Daniel.

Along juga menggelarkan isterinya sebagai ‘Mak Lampir’ ketika bercakap kepada wartawan baru-baru ini.

#OhmediaNasihat

Nampaknya kisah ini semakin panjang apabila masing-masing berbalas kenyataan. Sebaiknya, hal ini diselesaikan secara tertutup supaya aib-aib tidak tersebar dan menimbulkan fitnah. Semoga urusan Along Cham dan isteri menemui jalan penyelesaian terbaik.

Ohmedia along Cham 5

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Instagram Feena Suhaimi


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas