Connect with us

Oh! Media

along

Oh! Artis

“Hebat, Game Over Feena” – Adik Along Tampil Bersuara, Dakwa Kak Ipar Sengaja ‘Petik’ Nama Ika

Awal pagi tadi, isteri Along Cham, Afreena Suhaimi tampil membuat laporan polis mendakwa telah ditipu seorang individu bernama Ika sehingga menyebabkan Afreena menyerahkan wang sebanyak RM95,180.

Wang tersebut kononnya untuk membebaskan Along yang ketika itu berada dalam tahanan polis akibat tuduhan memiliki dadah.

IKLAN

BACA: Ada ‘Plot Twist’, Isteri Along Cham Pula Buat Laporan Polis Dakwa Ditipu RM95,180

Terbaru, konflik ini nampaknya semakin panjang apabila seorang individu dipercayai adik Along tampil bersuara.

Adik Along tampil bersuara, dakwa Feena berkomplot?

Pemilik akaun aurel_yana menerusi ruangan komen di Instagram pempengaruh Siti Jamumall mendakwa ada bukti Feena berkomplot dengan Ika dan dua orang lagi individu lain.

Wanita ini mendakwa mereka sekeluarga telah diganggu dan kakak iparnya itu dikatakan menyebarkan cerita palsu serta fitnah berkaitan Along kepada peguam.

Tolong jangan malukan diri sis sendiri dan merisikokan diri sis atas pembelaan yang langsung tak berasas. Saya takut in future sis pula kena angkut ke kandang sebagai saksi jenayah yang Feena dah buat terhadap abang saya dan keluarga saya.

Katanya lagi, mereka sekeluarga telah berhabis puluhan ribu ringgit bagi menjalankan siasatan terhadap kes tangkapan abangnya.

Dakwanya, Feena tahu mengapa Along tiba-tiba ditangkap..

feena

Lebih mengejutkan, adik Along mendakwa Feena tahu bagaimana dan mengapa abangnya ditangkap pihak polis secara tiba-tiba selepas abangnya mahu mengesahkan lafaz taklik di mahkamah.

Tak sempat 24 jam bagitahu nak sahkan taklik dah pun kena angkut tiber, sekarang barang satu rumah dia dah licinkan right after abang saya pulang ke rumah semalam?

Wanita ini meminta penjelasan jika berada di pihak yang benar, mengapa Feena membuat tindakan terburu-buru sebegitu.

afreena along

Dakwanya lagi, individu bernama Ika dan dua orang lagi individu hadir menemani Feena di mahkamah semalam dan hari ini nama Ika pula dipetik sebagai ‘scammer’.

Di akhir perkongsiannya, dia menegaskan bahawa mereka sekeluarga akan tampil dengan bukti yang akan mendedahkan segala tuduhan terhadap Afreena.

Setakat ini, Afreena sendiri masih belum memberikan kenyataan rasmi mengenai dakwaan terbaru ini.

Namun, perkembangan kes ini pastinya akan terus menjadi bualan ramai kerana pelbagai spekulasi yang mula timbul. Sama-sama kita nantikan kebenaran yang bakal terungkai!

along

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Beautifulnara


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas