Connect with us

Oh! Media

Watie Uwais

Trending

Watie Hanifiah Samakan Uwais Dengan Orang Asli Perjelas Hal Sebenar

Kecoh dia media sosial apabila isteri kepada Shuib, Watie Hanafiah memuat naik satu video di IG Story menunjukkan Uwais tidak berbaju dan disamakan dengan orang asli. 

ADVERTISEMENT

Terbaru! Menurut laporan Oh! Bulan, Watie tampil memperjelaskan yang dia tidak berniat mempersenda atau menghina dan memohon maaf kepada segelintir pihak yang terasa hati.

Berkenaan dengan posting yang saya post mengenai Uwais yang disamakan dengan orang asli itu adalah sebab ketika itu dia tidak berbaju. Kalau yang kita tahu, orang asli kan ada pakai dekat kepala, jadi saya kaitkan dengan itu.

Tapi niat saya bukan nak menghina atau memperlekehkan kaum orang asli. Kalau ada pihak yang terasa, saya mohon maaf.

Tapi sejujurnya, langsung tak ada niat perlekehkan. Itu hanya sekadar gurauan anak beranak dan berlaku secara spontan.

Bukan tu jer, isteri kepada Shuib itu juga berkata yang dia tidak mahu memanjangkan isu ini dan menerima apa sahaja teguran orang ramai dengan hati yang terbuka.

Saya tak pernah fikir apa yang saya kongsikan akan menjadi satu isu yang besar. Sebab kalau tengok video itu pun, memang saya dan Uwais sedang bergurau.

Saya banyak terima DM yang mengatakan saya seolah-olah mempersendakan (orang asli) tapi memang tak ada. Saya ambil teguran orang ramai dengan hati terbuka.

Yang DM saya dah mohon maaf tapi yang tak DM, saya ambil kesempatan ini untuk mohon maaf. Saya tidak mahulah memanjangkan isu ini… kalau boleh nak happy happy saja.

Kredit: Oh! Bulan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas