Connect with us

Oh! Media

Lelaki OKU Didakwa Hampir Terlanggar Budak Sebelum Diterajang

Lelaki oku terajang pasartani ohmedia

Trending

Lelaki OKU Didakwa Hampir Terlanggar Budak Sebelum Diterajang

Kejadian melibatkan seorang lelaki OKU yang ‘lunyai’ akibat diterajang dan diseret di sebuah pasar tani Kemaman menjadi buah mulut rakyat Malaysia kini.

Rata-rata rakyat Malaysia geram dengan tindakan pelaku yang tanpa belas ihsan ‘membantai’ lelaki OKU tersebut.

Namun, berdasarkan video yang dikongsikan di laman X Mynewshub, ada yang mendakwa lelaki OKU itu menunggang motosikal tersebut secara berbahaya.

Ada cerita lain pula ke…?

Bantai

Menurut dakwaan, lelaki OKU itu menunggang motosikal secara berbahaya dan telah mengugut untuk buat 20 pusingan dalam pasar tani tersebut.

IKLAN

Kat sini dah ada dua kesalahan. Hakikatnya walaupun OKU, tetapi merbahayakan orang ramai dan tidak sepatutnya dibiarkan tanpa sebarang pengawasan. Satu lagi, yang memukul pun salah juga – Katanya.

Pada pusingan ketiga speed run yang dibuat lelaki OKU tersebut, dikatakan hampir terlanggar seorang anak kecil sebelum diterajang dan dibelasah secara beramai-ramai oleh pengunjung di pasar tani tersebut.

Bukan alasan untuk ‘membantai’ mangsa!

Walaupun terdapat kesalahan yang dilakukan oleh lelaki OKU itu, netizen merasakan tindakan membelasah mangsa sampai ‘lunyai’ adalah melampau!

Kisah lain tu lesen nk pukul ke siap heret? Dia tu OKU bukan normal punya orang. Ini bukan cara orang yang beragama. – Kata netizen.

Setakat ini, video tersebar itu telah mendapat jumlah tontonan lebih daripada 500,000 dan pelbagai reaksi dilontarkan oleh netizen yang mana rata-rata tidak menyokong perbuatan pelaku.

#OhmediaNasihat

Ingatlah, dalam apa jua keadaan, kita harus bertindak dengan bijak dan sabar. Jangan biarkan emosi menguasai diri sehingga tindakan yang dilakukan mengundang penyesalan di kemudian hari.

Lelaki oku terajang pasartani ohmedia

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook
Rujukan kami: The Reporter


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Afiq Izham
Penulis, Juruvideo, dan Pencipta Kandungan Media Sosial kreatif di Oh! Media. Menggabungkan bakat dalam penulisan, visual, dan strategi digital untuk menghasilkan karya yang berimpak tinggi dan berjiwa.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas