Connect with us

Oh! Media

Lelaki Kongsi Kisah Sebenar, ‘Bella’ Minta Datang Rumah Untuk Teman Tidur Sebelum Dibelasah

Ohmedia polis tahan bapa datuk bapasaudara rogol

Trending

Lelaki Kongsi Kisah Sebenar, ‘Bella’ Minta Datang Rumah Untuk Teman Tidur Sebelum Dibelasah

Kecoh di media sosial hari ini video memaparkan seorang lelaki dibelasah sekumpulan lelaki dalam sebuah rumah di kawasan Perumahan Pangsapuri Plentong Baru, Masai, Johor.

Lapor Kosmo!, kejadian menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di bibir dan telinga.

Mangsa kenal Bella di media sosial

Whatsapp Image 2025 04 22 at 42313 Pm

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd. Sohaimi Ishak berkata, mangsa ke lokasi selepas dijemput oleh seorang wanita yang baru dikenalinya di media sosial.

IKLAN

Namun sebaik tiba di lokasi, mangsa telah dikurung, dipukul dan dicederakan lapan lelaki tempatan lain. Lapornya, kejadian berlaku pada pukul 9.30 malam, Jumaat lalu (18 April).

Mangsa berkata, dia diminta membayar wang RM3,000 namun dia tidak mempunyai duit sebanyak itu. Dia hanya menyerahkan RM600 kepada suspek selain sebuah motosikal Yamaha Y16 dirampas.

Mangsa hubungi Caprice cerita perkara sebenar

Hasil laporan mangsa, polis berjaya menahan kesemua suspek termasuk Bella pada pukul 2.30 pagi semalam.

Kesemua mereka berusia antara 19 hingga 26 tahun dan kini direman selama enam hari sehingga 26 April untuk siasatan lanjut.

Tambah mengejutkan, lima daripada suspek mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah. Ujian air kencing juga menunjukkan empat daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine.

Siasatan kini dijalankan di bawah Seksyen 342, Seksyen 385 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengurung secara salah, pemerasan dan mendatangkan kecederaan.

Pssttt! Ha jadikan kisah ni sebagai pengajaran dalam hidup korang. Jangan mudah percaya dengan orang yang baru dikenali. Lagi-lagi di media sosial.

Kredit: Kosmo! | Instagram Caprice
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas