Connect with us

Oh! Media

Pemandu Pikap Langgar Lari Sudah Ditahan, Isteri Mangsa Cedera Parah, Pendarahan Otak

pikap langgar lari

Trending

Pemandu Pikap Langgar Lari Sudah Ditahan, Isteri Mangsa Cedera Parah, Pendarahan Otak

Tular di media sosial rakaman dashcam menunjukkan pasangan suami isteri yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dirempuh sebuah trak pikap jenis Nissan Navara.

Kejadian yang berlaku pada Sabtu di Lebuhraya NKVE menghala ke Tol Jalan Duta itu menyaksikan pemandu memecut laju kenderaan meninggalkan mangsa yang cedera parah di lokasi kejadian.

IKLAN

Terbaru, Berita Harian melaporkan pemandu pikap itu akhirnya berjaya diberkas pihak polis.

Rempuh ketika cuba potong motosikal lain

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, suspek merupakan lelaki tempatan berusia 32 tahun dan kini telah direman selama dua hari bagi membantu siasatan.

Jelasnya, nahas berlaku jam 2.30 petang dan siasatan mendapati suspek cuba memotong sebuah motosikal lain namun gagal mengelak motosikal mangsa lalu melanggar bahagian kanan motosikal itu.

Akibat pelanggaran tersebut, penunggang motosikal iaitu lelaki tempatan berusia 53 tahun mengalami retak tulang selangka serta luka di buku lali, manakala isterinya yang berusia 49 tahun mengalami kecederaan lebih parah.

Wanita itu patah buku lali dan tulang rusuk kanan serta mengalami pendarahan otak.

Mangsa dirawat di Hospital Sungai Buloh

langgar lari

Kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan lanjut. Dalam pada itu, laporan polis pertama mengenai kejadian dibuat oleh suspek sendiri pada jam 6.55 petang hari yang sama.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya.

Pssttt! Semoga mangsa segera sembuh seperti sedia kala dan pelaku mendapat hukuman setimpal.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Trending

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas