Connect with us

Oh! Media

Lelaki Cedera Kena ‘Beduk’ Beramai-Ramai Gara-Gara Salah Info, 10 Suspek Ditahan Polis

lelaki

Oh! Tidak

Lelaki Cedera Kena ‘Beduk’ Beramai-Ramai Gara-Gara Salah Info, 10 Suspek Ditahan Polis

Tular di media sosial sejak semalam kejadian pukul beramai-ramai sehingga menyebabkan seorang lelaki cedera teruk.

Memetik laporan Sinar Harian, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 3 pagi berhampiran sebuah kedai makan dan gelanggang futsal di daerah Seremban, Negeri Sembilan.

IKLAN

Punca akibat salah faham

lelaki

Mangsa dipercayai telah menjadi sasaran sekumpulan lelaki disebabkan salah faham yang agak keterlaluan.

Terkini, seramai 10 lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun telah ditahan polis untuk membantu siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kesemua suspek kini dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Seremban untuk soal siasat dan proses permohonan reman akan dilakukan.

Dibelasah tanpa usul periksa

Ujarnya, siasatan awal pihak polis mendapati punca kejadian adalah kerana salah seorang suspek menyangka mangsa telah mencederakan adiknya.

Tanpa usul periksa, mangsa terus menjadi sasaran belasah secara berkumpulan.

Aduan dibuat bapa mangsa selepas anaknya telah dipukul secara beramai-ramai oleh sekumpulan lelaki. Kesan kejadian itu, mangsa mengalami cedera lebam di mata dan sakit seluruh badan.

Tambah beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan. Saksi awam yang menyaksikan kejadian itu dimohon tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan spekulasi tidak benar.

Terdahulu, seorang pengguna Facebook memuat naik hantaran menunjukkan keadaan anak saudaranya selepas dibelasah.

Tuan Amir Danau menceritakan bagaimana peristiwa salah faham tersebut boleh berlaku dan menuntut pelaku segera ditangkap.

Pssttt! Janganlah terlalu mengikut emosi dan menggunakan kekerasan dalam setiap tindakan. Tak pasal-pasal salah orang dan jadi kes polis pula.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas