Connect with us

Oh! Media

“Laptop Harga 6,7 Ribu Pun Saya Sanggup Bayar, Demi Anak Saya Hidup..” – Ibu Arwah Zulfarhan

Trending

“Laptop Harga 6,7 Ribu Pun Saya Sanggup Bayar, Demi Anak Saya Hidup..” – Ibu Arwah Zulfarhan

Baru-baru ini, ibu bapa kepada mangsa buli Allahyarham Zulfarhan Osman dijemput ke program bual bicara terbitan TV Alhijrah untuk membincangkan topik ‘#Dengar: Berdamai Dengan Takdir’.

ADVERTISEMENT

BACA: “Seolah-Olah Anak Saya Pula Yang Bersalah” – Bapa Zulfarhan ‘Kecewa’ Sikap Keluarga Tertuduh

Sudah empat tahun berlalu, pemergian anak harapan keluarga itu masih dirasai tambahan pula kehilangannya dengan cara menyayat hati.

Di Twitter, seorang individu meluahkan rasa sedih mendengar luahan hati ibu allahyarham, Hawa Osman yang sanggup membayar berapa sahaja harga laptop asalkan anaknya itu hidup sampai sekarang.

zulfarhan

Menurut ibu allahyarham lagi, jika betul suspek adalah kawan baik anaknya, mereka pasti menghubungi dia sebagai ibu untuk berbincang mengenai kehilangan laptop tersebut.

zulfarhan

Ketika pengacara bertanyakan bapa, Zulkarnain Idros mengenai dari mana datangnya kekuatan untuk memaafkan suspek, bapa allahyarham berkata ianya datang dari dalam diri.

Menurutnya, jika dia menyimpan dendam, bermusuh dan tidak reda, dia selamanya akan hidup dalam tekanan.

zulfarhan

Jelas ibu, antara momen yang paling diingati adalah Allahyarham akan sentiasa menjadi orang pertama menelefonnya mengucapkan selamat hari jadi.

Perkara sama dilakukan Allahyarham ketika hari jadi bapa, hari bapa atau hari kelahiran adik beradik yang lain.

Setiap malam, ibu akan terjaga sekitar jam 1 atau 2 pagi kerana arwah kebiasaannya akan menelefonnya pada waktu itu selepas selesai roll call.

Selepas pemergian arwah, ibu sentiasa menatap gambar di telefon dan membawa sapu tangan peninggalan anaknya ke mana-mana sahaja.

Video penuh:

Kredit: Twitter @pikasekri | TV Alhijrah

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas