Connect with us

Oh! Media

Laporan Kronologi Kes Pensyarah Bocor, UiTM Buat Laporan Polis

Cover Photo Om 1200 X 675   2022 03 31t182220175

Trending

Laporan Kronologi Kes Pensyarah Bocor, UiTM Buat Laporan Polis

Hari ini tular di media sosial dokumen tiga muka surat mengenai laporan kronologi isu video tular membabitkan pensyarah yang didakwa menghina pelajar B40.

BACA: “UiTM Tidak Berkompromi Dengan Mana-Mana Pihak Cuba Jatuhkan Nama Baik”- Prof Datuk Dr Roziah

Di dalam laporan itu terdapat maklumat sulit yang tidak sewajarnya dikongsikan untuk tatapan umum.

IKLAN
Roziah
Foto Kosmo Zulfadhli Zaki

Memetik laporan Kosmo!, Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Roziah Mohd. Janor berkata satu laporan polis telah dibuat.

Sebenarnya kita ini hidup dalam zaman media sosial, saya faham keadaan itu. Kita ada undang-undang, ada maklumat rahsia (dokumen sulit).

Kalau kata maklumat rahsia, maknanya orang yang menerima laporan itu, tak kiralah secara dalam talian atau email, sepatutnya hormatlah, tak boleh dikongsikan dengan sesiapa.

Jelasnya, laporan polis dibuat untuk melindungi mahasiswa dan kakitangan UITM. Malah report diperlukan jika ingin dibawa kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) nanti.

Tambah beliau lagi, malam ini Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Khas melibatkan wakil Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan diadakan. Keputusan mengenai tindakan lanjut terhadap pensyarah dijangka diketahui selepas mesyuarat.

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas