Connect with us

Oh! Media

“UiTM Tidak Berkompromi Dengan Mana-Mana Pihak Cuba Jatuhkan Nama Baik”- Prof Datuk Dr Roziah

uitm

Trending

“UiTM Tidak Berkompromi Dengan Mana-Mana Pihak Cuba Jatuhkan Nama Baik”- Prof Datuk Dr Roziah

Kecoh sekarang ni tentang isu pensyarah perlekeh golongan B40 ketika sedang memarahi pelajarnya yang tidak memiliki laptop. Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang apa yang berlaku boleh baca artikel bawah ni sebab Ohmedia dah ulas panjang.

ADVERTISEMENT

BACA: “Pasal Itu Aku Tak Boleh Duduk Dengan B40” – Pensyarah Dikecam Hina Pelajar

Pihak Universiti Teknologi Mara (UiTM) pun dah maklumkan yang kes ini sedang disiasatan dan tindakan akan diambil ke atas pensyarah terbabit.

UiTM sememangnya ditubuhkan bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan meneruskan pelajaran. Sewajarnya UiTM membantu golongan B40 dan banyak dana dan bantuan yang disediakan sebenarnya.

Disebabkan itu, Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor dalam satu kenyataan menyeru kepada pelajar untuk memaklumkan kepada pihak fakulti dan universiti sekiranya mempunyai sebarang masalah.

Dana amanah pelajar dan bantuan pusat zakat serta alumni disediakan….

UiTM amat memahami kekangan, kesulitan dan situasi yang dihadapi oleh pelajar dalam menjalani proses pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian.

Pihak universiti juga sudah menyediakan pelbagai dana untuk kegunaan pelajar yang kurang berkemampuan bagi mendapatkan kemudahan pembelajaran seperti dana amanah pelajar, bantuan pusat zakat serta pihak alumni.

Justeru, saya menyeru kepada pelajar yang berhadapan masalah agar dapat berhubung dengan pihak fakulti dan universiti untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan yang sewajarnya bagi membantu melancarkan proses pembelajaran. – Jelasnya.

Cemar nama baik UiTM.

Dalam pada itu, penyebaran video pensyarah keluarkan komen sensitif di media sosial sudah pasti mencemarkan nama baik UiTM. Oleh itu, tindakan sewajarnya akan dikenakan terhadap pensyarah berkenaan.

UiTM juga bertegas tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan nama baik universiti dengan sengaja mahupun tidak. – Tegasnya.

Setakat ini kita masih menantikan tindakan dan hukuman seperti apa yang bakal diambil pihak UiTM.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas