Connect with us

Oh! Media

Sajat Masih ‘Sorok’ Di Thailand?

Sajat

Trending

Sajat Masih ‘Sorok’ Di Thailand?

Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih lagi menunggu kebenaran untuk mengekstradisi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Sajat yang melarikan diri ke negara jiran dari pihak berkuasa Thailand.

ADVERTISEMENT

BACA : Langgar Perundangan Dua Negara, Nur Sajat Boleh Diekstradisi

Menurut laporan Sinar Harian, proses membawa pulang usahawan kosmetik itu tertakluk kepada maklum balas dari pihak berkuasa tempatan dan perkara ini dikatakan sendiri Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan.

Setakat ini masih tiada perkembangan dalam kes tersebut kerana permohonan ekstradisi bergantung kepada undang-undang negara Thailand. Jadi kami masih menunggu maklum balas daripada mereka.

Sebelum ini, pihak polis telahpun menghantar permohonan untuk mengesktradisi Nur Sajat dari pihak berkuasa disana.

Permohonan itu juga turut dibuat kepada Australia yang dipercayai negara yang Sajat memohon kad pelarian Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

Agak-agaknya bila nak habis kes ni? Baliklah Sajat, tiada siapa yang akan melakukan perkara tidak sepatutnya kepada kamu.

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas