
Trending
Korang Perlu Semak Kelayakan Budi95 Dan Ini Tarikh Penting Untuk Pengisiannya
Semakan Budi Madani RON95 dibuka Khamis ini di budimadani.gov.my. Nikmati harga RM1.99 seliter ikut kategori bermula 27 September!
Mulai Khamis ini, rakyat Malaysia sudah boleh menyemak kelayakan mereka untuk menikmati subsidi Budi Madani RON95 (Budi95) menerusi laman web rasmi www.budimadani.gov.my.
Menurut laporan Kosmo, pengisian akan bermula mengikut kategori yang ditetapkan kerajaan dan perkara ini dikatakan sendiri Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Tarikh penting untuk pengisian Budi95

Ini merupakan tarikh-tarikh penting yang korang perlu ambil tahu untuk pengisian Budi95.
- 27 September 2025: Anggota polis & tentera mula nikmati harga RM1.99/liter.
- 28 September 2025: Penerima STR (Sumbangan Tunai Rahmah) mula layak.
- 30 September 2025: Semua warganegara Malaysia yang memiliki lesen sah boleh menikmati subsidi.
Cara penggunaan di stesen minyak

Menurut Amir Hamzah, prosesnya cukup mudah. Pengguna hanya perlu:
- Masukkan MyKad ke dalam reader di pam minyak untuk pengesahan kelayakan.
- Pilih cara pembayaran sama ada tunai, kad debit/kredit, e-dompet atau aplikasi.
- Selepas selesai mengisi, resit akan dipaparkan – menunjukkan harga pam asal, nilai subsidi ditanggung kerajaan, dan harga akhir RM1.99 seliter.
Pssttt! Rakyat kini ada peluang besar untuk berjimat dengan Budi95. Jangan lupa semak kelayakan awal-awal supaya tak terlepas nikmat subsidi ini!
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
