Connect with us

Oh! Media

Kolaborasi Unik KFC x PUBG, Siap Ada In-Game Loot!

KFC collab dengan PUBG

Branded

Kolaborasi Unik KFC x PUBG, Siap Ada In-Game Loot!

Kalau tanya gamers PUBG, selain daripada push rank, push kill dead(KD), ramai juga suka mengumpul loot dan skin.

Bukan apa, bila dah kumpul loot dan skin ni, bukan saja menampakkan lagi karakter tu lawa, malah ia menarik perhatian ramai pemain-pemain yang lain untuk dapatkan loot dan skin tersebut tau! 

Menariknya, ada juga yang sanggup melabur banyak untuk dapatkan loot dan skin edisi terhad. Terbaiklah!

Alang-alang tu, kalau korang main PUBG, kami ada satu berita best nak kongsi dengan korang yang mana korang memang tak patut lepaskan sebab ianya TERHAD! 

Eksklusif Hanya Di PUBG, Tebus Pelbagai In-Game Loot KFC Menarik!

Korang yang tengah baca ni, tipulah kalau kata tak pernah push rank PUBG dekat kedai makan seperti KFC betul tak? Sambil-sambil main tu, layan pula ayam goreng KFC, memang auto win!

Kalau korang nak tahu, KFC mempunyai kemunculan eksklusif dalam game PUBG Battlegrounds dan PUBG Mobile tau! Seriuslah?!

Menerusi kerjasama antara KFC dan PUBG, ada macam-macam jenis in-game loot menarik yang korang boleh tebus antaranya payung terjun, t-shirt skin, tin penyembur cat, dan bucket hat. Fuhh, siapa penggemar KFC tu, memang WAJIB tebus semua in-game loot ni.

Selain menampilkan in-game loot yang mempunyai warna dan rekaan ikonik KFC, terdapat juga peta permainan yang menunjukkan lokasi-lokasi restoran dalam PUBG Battlegrounds dan PUBG Mobile tau. Wah, kemain meriah ya.

Tapi, mesti korang tertanya macam mana nak dapatkan in-game loot ni kan? Haa, cara nak dapatkan senang saja guys.

Apa yang korang perlu buat adalah pergi ke KFC berdekatan atau buat pesanan dan dapatkan menu KFC Gamer Box sebab korang akan dapat sekali kad gores untuk korang tebus in-game loot eksklusif di pautan ini. Pergh, senangnya! In-game loot pun dapat, kenyang pun dapat.

Psst, menu KFC Gamer Box adalah TERHAD tau. Jadi, cepat buat pesanan sekarang untuk tebus semua in-game loot KFC dan ajak sekali kawan-kawan korang untuk meriahkan lagi.

Menu KFC Gamer Box ini akan tersedia di semua cawangan KFC seluruh negara, pesanan atas talian, aplikasi KFC dan rangkaian penghantaran.

Nak tahu apa yang lagi best? Korang berpeluang untuk berjumpa dengan pemain-pemain e-Sports terkemuka semasa majlis pelancaran di KFC Pavilion Bukit Bintang dan korang boleh sertai pelbagai aktiviti menarik. Bestnya!

Jadi, tunggu apa lagi, cepat serbu KFC berdekatan sekarang dan dapat KFC Gamer Box untuk tebus semua in-game loot dalam PUBG Battlegrounds dan PUBG Mobile.

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi KFC atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas