Connect with us

Oh! Media

KK Mart Fail Saman Tuntut Ganti Rugi Dari Syarikat Xin Jian Chang

Trending

KK Mart Fail Saman Tuntut Ganti Rugi Dari Syarikat Xin Jian Chang

Akibat jual stoking dengan kalimah Allah, kedai serbaneka KK Mart telah diboikot dan mengalami kerugian besar. Kini, KK Mart telah memfailkan saman perlanggaran kontrak, sabotaj dan kecuaian terhadap syarikat pengedar, Xin Jian Chang.

ADVERTISEMENT

BACA: Pembekal Stoking Dan KK Mart Akan Didakwa Di Mahkamah Esok

Menurut laporan Berita Harian, KK Mart menuntut ganti rugi RM1.5 juta setiap minggu sehingga tarikh penghakiman dan ganti rugi keroskan nama jenama sebnayak RM10.5 juta.

KK Mart juga menuntut RM20.3 juta untuk pembetalan cadangan penyenaraian IPO di Bursa Malaysia.

Saman difailkan oleh KK Mart di Mahkamah Tinggi Shah Alam yang menamakan pengarah Xin Jian, Soh Chin Huat sebagai defendan pertama dan syarikatnya sebagai defendan kedua.

Persetujuan dibuat berdasarkan kontrak dikenali sebagai Perjanjian Pembekal antara KK Mart dan Xin Jian yang bertarikh 1 Disember 2021 telah disaksikan oleh Chin Huat.

Plaintif menyatakan dalam perjanjian, barang berkenaan akan diletakkan di premis plaintif berdasarkan terma dan syarat yang ditetapkan.

Menurut Perjanjian Pembekalan, defendan mempunyai kewajipan undang-undang untuk menyediakan standard penjagaan yang munasabah di bawah Akta Jualan Barang 1957 (Akta 382).

Tiada pada bila-bila masa plaintif memberikan kebenaran konsainan ini dengan kod bar yang sepadan untuk digunakan sebagai paparan atau penjualan stoking kaki dalam apa jua bentuk.

Defendan secara cuai atau melulu menjual stoking yang mengandungi kalimah ‘Allah’ tanpa pengetahuan atau persetujuan plaintif di premis Plaintif di Bandar Sunway yang bertentangan dengan undang-undang.

KK mart berkata tindakan membekalkan stoking dengan kalimah allah itu dilakukan secara sengaja dan mensabotaj perniagaanya serta mendedahkan mereka kepada kebencian, boikot dan ugutan sehingga kerugian besar.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas