Trending
Kena Saman RM1.3 Juta Oleh Suami Intan Najuwa, Rizman Ruzaini Akhirnya Bersuara
Rizman Ruzaini enggan ulas isu saman RM1.3 juta dan pilih hormat prosiding mahkamah. Sokongan peminat masih kuat meski isu hangat diperkatakan.
Pereka fesyen terkenal Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil atau lebih dikenali sebagai Rizman Ruzaini masih belum bersedia memberi sebarang komen berhubung kes saman membabitkan tuntutan bayaran semula pinjaman RM1.3 juta yang dimenangi suami pelakon Datin Intan Najuwa, iaitu Datuk Ahmad Azraf Azman.
Menurut laporan Harian Metro, Rizman berkata pihaknya memilih untuk menghormati prosiding mahkamah dan hanya akan berkongsi penjelasan apabila tiba masa yang sesuai.
Saya rasa, sesuatu cerita itu perlu didengar daripada kedua-dua belah pihak. Tapi dari pihak kami, saya tidak boleh berikan apa-apa komen lagi sebab ia masih lagi dalam prosiding mahkamah.
Jadi, saya perlu hormat prosiding mahkamah itu. Bila sampai masa nanti, saya sendiri akan bercerita insya-Allah.
Rizman Ruzaini pilih cara profesional

Rizman turut menyifatkan dugaan yang menimpa jenama mereka sebagai asam garam dunia perniagaan, lebih-lebih lagi selepas hampir 20 tahun bergelar pereka fesyen dan usahawan.
Sepanjang 20 tahun Rizman Ruzaini bergelar pereka fesyen ini dan juga daripada pereka fesyen beralih jadi usahawan, saya rasa setiap pendekatan yang kita buat haruslah menunjukkan kematangan kitalah.
Macam kami sendiri, sudah tentu setiap benda kami hadapi, saya rasa kita perlu ambil penyelesaian terbaik yang kita boleh. Kami memilih untuk menyelesaikan dengan cara yang paling profesional sekalilah.
Tambahnya lagi, mereka percaya pendekatan profesional adalah jalan terbaik dan akan memberi penjelasan apabila tiba waktunya.
Sokongan peminat masih kuat

Dalam pada itu, Rizman meluahkan rasa syukur apabila isu terbabit tidak menjejaskan reputasi jenama Rizman Ruzaini, malah sokongan daripada pembeli dan peminat terus utuh.
Sokongan pembeli sangat kuat, Alhamdulillah. Jadi saya rasa mungkin perkara itu tidak menjadi isu kepada peminat-peminat rekaan Rizman Ruzaini. Sokongan diberikan mereka itu sangat kuat sampai sekarang.
Terdahulu, Datin Intan Najuwa mengejutkan ramai apabila mendedahkan bahawa suaminya, Datuk Ahmad Azraf Azman, memenangi kes saman terhadap jenama Rizman Ruzaini melibatkan tuntutan RM1.3 juta.
Pendedahan itu dibuat menerusi Instagram, dengan memuat naik dokumen penghakiman Mahkamah Tinggi, selepas hampir tiga tahun memilih untuk berdiam diri bagi menghormati proses undang-undang.
Pssttt! Dalam apa jua konflik, beri ruang kepada proses undang-undang berjalan dengan adil. Dengarlah cerita daripada kedua-dua pihak sebelum membuat kesimpulan.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
[EKSKLUSIF] YB Helmy Buat Content Untuk Didik Rakyat Bukan Kejar Populariti | Oh! Podcast Ep23
OH! MEDIA 06/02/2026 8:00 PM