Trending
Kim Seri Bahagia Kahwin Baru, Bekas Suami Pula Direman Gara-Gara ‘Pinjamkan’ Akaun
Baru-baru ini, tular satu pendedahan panas di TikTok yang mencetuskan pelbagai reaksi netizen. Bekas kakak ipar kepada pempengaruh terkenal, Kim Seri mendakwa adik lelakinya iaitu bekas suami kepada Kim Seri telah ditahan pihak polis berhubung siasatan berkaitan penipuan pakej pelancongan.
Menerusi video yang dimuat naik, wanita tersebut berkongsi perbualan antara dirinya dan Kim Seri sewaktu memaklumkan penahanan bekas suami Kim Seri.
Bekas suami Kim Seri disiasat polis, akaun di atas namanya
Luahnya, selama ini dia dan adiknya memilih untuk berdiam diri, namun keadaan kini sudah keterlaluan.
Saya diam, adik saya diam selama ni. Tapi kalau sampai begini tahap penganiayaan dia terhadap bekas suami dia. Kami takkan diam.
Pendedahan itu juga menjawab persoalan yang bermain di fikiran ramai iaitu kenapa Kim Seri masih bebas walaupun terpalit dengan dakwaan penipuan.
“Adik saya bukakan company SSM untuk dia”
Menurut bekas kakak ipar, segala kesalahan yang dilakukan Kim Seri telah ‘dipindahkan’ ke atas bekas suaminya kerana mereka masih bergelar suami isteri ketika penipuan itu berlaku.

Jelas wanita ini lagi, adiknya juga terpaksa menanggung akibat kerana telah membuka akaun SSM syarikat untuk kegunaan Kim Seri dari tahun 2019.

Difahamkan, bekas suami Kim Seri telah ditahan oleh pihak Polis Johor semalam dan kini berdepan dengan 47 kes penipuan berkaitan pakej pelancongan.
Bekas kakak ipar kepada Kim Seri ini turut menceritakan ke mana wang pelanggan digunakan. Jelasnya, dia mengetahui hal sebenar kerana adik tinggal bersamanya selepas bercerai dengan Kim Seri.





Kakak ipar tersebut turut merayu agar Kim Seri tampil bertanggungjawab dan menyerah diri demi membebaskan bekas suaminya daripada terus menanggung akibat yang bukan dilakukannya.
Tambahnya, sejak sebulan lalu, bekas suami Kim Seri terpaksa berulang-alik ke balai polis dan hidupnya tergantung tanpa pekerjaan.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM