Connect with us

Oh! Media

Buat Rondaan, Polis Temui Dua Lelaki Warga Asing Diikat Pada Pokok

Trending

Buat Rondaan, Polis Temui Dua Lelaki Warga Asing Diikat Pada Pokok

Sejak akhir-akhir ini, negara kita dilihat telah dibanjiri oleh ribuan warga asing yang datang dari pelbagai negara untuk mencari pekerjaan.

ADVERTISEMENT

BACA: Polis Berjaya Tahan 5 Warga Asing Melacur

Terdapat juga dari kalangan mereka yang datang tanpa mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dengan bantuan dari pihak tertentu.

Perkara itu jelas memberikan masalah kepada pihak berkuasa oleh sebab jumlah mereka yang ramai dan bersembunyi dari pengetahuan polis.

Polis temui warga asing terikat pada pokok

Terbaharu, pihak berkuasa telah menemui dua pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Myanmar yang terikat pada pokok di hutan Kampung Rahmat, Rantau Panjang, kelmarin.

Menurut Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Am (PGA7), Superintendan Azhari Nusi berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam,

Sumber: Harian Metro

Anggota yang bertugas telah membuat rondaan sebelum menemui dua lelaki berusia 32 dan 33 tahun yang diikat pada pokok dalam keadaan gelap gelita.

Tambahnya, anggota bertugas kemudian telah membebaskan mereka sebelum meminta kedua-dua warga asing itu mengemukan dokumen pengenalan diri.

Bagaimanapun, mereka gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri atau perjalanan yang sah.

Pemeriksaan ke atas tubuh badan suspek juga tidak menemukan sebarang barangan yang salah.

Hasil soal siasat yang dijalankan, Pati ini memaklumkan bahawa kesemua barangan milik mereka berada dengan seorang lelaki yang tidak pasti akan butirannya, disyaki individu yang terbabit dengan sindiket penyeludupan Pati.

Suspek dipercayai ditipu oleh sindiket

Kata Azhari Nusi, mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Lubok Stol bagi menjalankan siasatan lanjut sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen Kelantan.

Menurutnya lagi, kedua-dua suspek dipercayai ditipu oleh sindiket yang berjanji akan membawa mereka pulang ke Myanmar selepas bekerja di Kelantan.

Pihak kami juga tidak dapat mengenal pasti individu sebenar yang mengikat mereka pada pokok susulan masalah komunikasi memandangkan mereka tidak dapat berbahasa Melayu

Selain itu, PGA7 turut menerima laporan daripada penduduk kampung mengenai pergerakan warga asing yang sering berlaku di kawasan berkenaan.

Selain itu, pihaknya sudah mengenal pasti beberapa lokasi yang menjadi tumpuan sindiket penyeludupan Pati dan kawalan akan terus diperketatkan.

Azhari berkata kes disiasat di bawah Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas