Connect with us

Oh! Media

Khai Bahar Bakal Ambil Tindakan Saman, Dah Kenal Pasti Penyebar Fitnah!

Khai Bahar

Trending

Khai Bahar Bakal Ambil Tindakan Saman, Dah Kenal Pasti Penyebar Fitnah!

Penyanyi popular, Khai Bahar akhirnya bersuara selepas tersebarnya gambar bersama adik ipar yang mengundang fitnah melampau hingga ada yang menuduhnya menyukai sesama jenis!

Menurut laporan mStar, Khai memuat naik beberapa hantaran yang meluahkan rasa kecewa dan berang apabila perkara itu turut melibatkan keluarga tercinta, terutama rumah tangga adiknya.

IKLAN

Bila dah melibatkan rumah tangga keluarga, aku tak akan diam! Aku dah screenshot siapa yang mulakan. Saman tetap saman!

Khai Bahar takkan berdiam diri lagi

Bukan tu jer, Khai turut mengakui emosinya kini terganggu dan kehilangan tempat untuk mengadu, apatah lagi selepas pemergian ibunya.

Dulu bila orang cakap macam-macam fasal aku, ada tempat mengadu dekat mak. Sekarang tak tahu nak mengadu dekat siapa.

Aku masih ada iman dan cuba untuk kuat. Tapi aku sampai tahap tak ada arah tuju.

Minta jangan buka aib dan sebar fitnah

Khai turut memberi amaran keras agar tidak mengungkit kisah silam serta menyebarkan cerita palsu tanpa bukti. Jika ada rasa tidak puas hati, dia meminta agar hubungi secara peribadi.

Kalau ada rasa tak puas hati, direct message. Tak payah cakap terbuka perkara yang tidak ada.

Cukup-cukuplah tentang zaman dulu. Nak aku mati dulu ke baru nak diam fasal aku?

Pssttt! Sebelum menyebar cerita, fikir kesan kepada orang lain. Fitnah bukan sekadar kata-kata ia mampu hancurkan maruah dan jiwa. Hormati privasi dan jaga aib sesama insan.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Trending

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas