Connect with us

Oh! Media

Khabib Nurmagomedov Dan Rombongan Pasukan Dihalau Dari Pesawat Penerbangan

ohmedia khabib nurmagomedov dihalau keluar pesawat

Oh! Tidak

Khabib Nurmagomedov Dan Rombongan Pasukan Dihalau Dari Pesawat Penerbangan

Bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov, menjadi perhatian selepas dihalau dari penerbangan Frontier Airlines.

Insiden tersebut berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Harry Reid, Las Vegas, dan melibatkan pertikaian mengenai tempat duduk di barisan keluar kecemasan.

Khabib Nurmagomedov diminta tukar tempat duduk…

ohmedia khabib 1png

Menurut laporan, pertikaian bermula apabila kru kabin mempersoalkan kesediaan Khabib untuk membantu penumpang lain sekiranya berlaku kecemasan.

IKLAN

Tempat duduk di barisan keluar kecemasan memerlukan penumpang yang duduk di situ memahami peraturan keselamatan dengan baik.

Dalam rakaman video yang kini tular, pramugari meminta Khabib memilih sama ada untuk berpindah ke tempat duduk lain atau meninggalkan pesawat. Namun, Khabib menolak cadangan tersebut kerana percaya dirinya layak berada di tempat itu.

image

Saya telah mematuhi semua prosedur dan fasih berbahasa Inggeris seperti diminta di kaunter daftar masuk.- Tegas Khabib dalam penjelasannya.

Dihalau keluar pesawat akibat enggan berganjak…

Tindakan Khabib yang enggan berpindah menyebabkan dia dan rombongannya diiring keluar dari pesawat. Difahamkan, Khabib sedang dalam perjalanan ke Los Angeles untuk memberi sokongan kepada rakan sepasukan dalam acara UFC 311 yang dijadualkan pada 18 Januari.

Tindakan ini adil atau tidak?

image

Insiden ini mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen. Ada yang menyokong tindakan kru kabin demi keselamatan, namun ada juga yang merasakan Khabib diperlakukan tidak adil. Apa pendapat korang?

ohmedia khabib nurmagomedov dihalau keluar pesawat

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas