Oh! Arena
Khabib Nurmagomedov Ajak Johan Ghazali Berlatih Di Dagestan
Legenda UFC, Khabib Nurmagomedov mengajak fighter Muay Thai negara, Johan Ghazali untuk berlatih bersamanya di Dagestan jika ingin bertukar ke bidang MMA.
Saya baru saja bertemu dengannya di belakang pentas. Saya tahu dia masih muda dan seorang lawan yang baik. Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepadanya.
Menurut Khabib, Jojo ada memberitahu beliau bahawa dirinya ingin terbabit dalam MMA pada masa depan.

Saya sentiasa mengalu-alukan kehadirannya jika dia ingin belajar bersama saya di Dagestan di pusat latihan kami.
Selain itu, Khabib juga pernah berfikir untuk membuka pusat latihan di Malaysia dan membawa jurulatih terbaik bagi membangunkan sukan MMA di sini.

Ingat Oppa Sweet Macam Dalam K-Drama? Aisyah Bongkar Realiti Sebenar Di Korea! | Oh! Podcast Ep 18
OH! MEDIA 29/10/2025 3:17 PM