Connect with us

Oh! Media

khabib nurmagomedov

Oh! Artis

Khabib Nurmagomedov Dihalau, Frontier Airlines Jadi Sasaran Netizen Seluruh Dunia

Sebelum ni, Ohmedia ada kongsikan artikel tentang bekas juara UFC, Khabib Nurmagomedov yang dihalau dari penerbangan Frontier Airlines tanpa alasan yang kukuh.

Pendedahan itu dibuat di aplikasi X dan terus mendapat perhatian ramai, termasuk pihak syarikat penerbangan berkenaan.

IKLAN

Frontier Airlines yang sedar nama mereka dipetik Khabib mengeluarkan kenyataan susulan dengan menyatakan pihaknya sedang melakukan siasatan.

BACA: Khabib Nurmagomedov Dan Rombongan Pasukan Dihalau Dari Pesawat Penerbangan

Kita sedia maklum dengan insiden berkenaan dan sedang menjalankan siasatan.- Kata jurucakap syarikat tersebut menerusi komen di hantaran Khabib.

Namun, reaksi syarikat penerbangan itu membangkitkan lagi kemarahan orang ramai.

“Kenapa tiada permohonan maaf?” – Netizen.

khabib nurmagomedov

Rata-rata netizen seluruh dunia, mempersoalkan tindakan Frontier Airlines yang tidak menyatakan sebarang permohonan maaf kepada Khabib.

Mereka juga mempertikaikan kelewatan pihak pengurusan syarikat itu dalam menyelesaikan isu ini.

Media sosial Frontier Airlines juga dibanjiri dengan komen daripada netizen. Ada yang menyuarakan kekecewaan terhadap insiden itu, sementara yang lain berkongsi pengalaman buruk ketika menggunakan perkhidmatan penerbangan tersebut.

Isu ini semakin hangat apabila ramai pihak berpendapat Khabib, seorang figura terkenal, tidak seharusnya dilayan sebegitu rupa. Namun begitu, Frontier Airlines masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut mengenai perkembangan siasatan.

#OhmediaNasihat

Kejadian seperti ini patut dijadikan pengajaran oleh semua pihak, terutamanya syarikat perkhidmatan. Sentiasa utamakan kepuasan pelanggan, lebih-lebih lagi jika melibatkan insiden sensitif.

Jangan sesekali ambil ringan isu seperti ini kerana ia boleh mencalarkan reputasi syarikat.

khabib nurmagomedov

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Aplikasi X


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas