Connect with us

Oh! Media

khabib nurmagomedov

Oh! Arena

Khabib Nurmagomedov, Legenda MMA Dengan Kekayaan RM180 Juta

Nama Khabib Nurmagomedov tak asing lagi dalam dunia seni bela diri campuran (MMA). Bekas juara lightweight UFC dan ahli UFC Hall of Fame ini kekal diingat sebagai pejuang yang tidak pernah kalah sepanjang kariernya.

Baru-baru ni, nama Khabib kembali menjadi perhatian selepas dia dan pasukan telah dihalau keluar dari pesawat Frontier Airlines. Sejak kejadian itu, ada yang mula mempersoalkan tindakan Frontier dan ramai juga yang kagum dengan sifat humble Khabib yang masih memilih untuk menggunakan perkhidmatan tambang murah walaupun sudah boleh digelar jutawan.

IKLAN

BACA: Khabib Nurmagomedov Dihalau, Frontier Airlines Jadi Sasaran Netizen Seluruh Dunia

Lahir pada 20 September 1988 di Rusia, Khabib dikenali kerana kehebatan dalam sambo, judo, dan gusti. Dengan rekod 29 kemenangan tanpa kalah, Khabib berjaya mempertahankan gelaran lightweight UFC dari 2018 hingga 2020 sebelum bersara.

Kekayaan Khabib Nurmagomedov cecah RM180 juta!

Memetik laporan Celebrity Net Worth, nilai kekayaan Khabib pada 2025 dianggarkan mencecah $40 juta (sekitar RM180 juta). Sebahagian besar kekayaan ini diperoleh daripada kariernya di UFC, termasuk perlawanan epik menentang Conor McGregor yang menjadi tumpuan dunia.

Namun, bukan hanya gelanggang yang menjana pendapatan beliau. Khabib turut memperoleh hasil daripada pendapatan karier di mana sepanjang kariernya, Khabib mengumpul $14.77 juta (sekitar RM65 juta).

Dalam pada itu, menjadi seorang atlet terkenal dan berjaya sudah pasti Khabib mendapat tawaran penajaan yang tinggi. Khabib pernah menjadi duta SalamPay, Khabib juga disokong jenama besar seperti Toyota, Reebok, dan Gorilla Energy.

Pengurus Khabib juga mendedahkan, beliau boleh menerima hingga $300,000 (sekitar RM1.35 juta) sehari untuk satu sesi ucapan.

Bila dah kaya mesti lah akan kembangkan dengan menceburi dunia perniagaan…

Selepas bersara, Khabib tidak berhenti mencipta nama. Beliau melancarkan jenama “The Eagle,” termasuk organisasi seni bela diri, Eagle Fighting Championship (EFC), yang mula mengukuhkan kehadiran di Amerika Utara sejak 2022.

Dengan lebih 36.4 juta pengikut di Instagram, Khabib bukan hanya legenda di gelanggang tetapi juga seorang usahawan berjaya.

Macam yang korang tahu, Khabib juga sudah melabur di Johor, Malaysia dengan membuka Khabib Gym dengan fasiliti bertaraf dunia.

Selain fokus kepada kejayaan peribadi, Khabib juga aktif dalam kerja amal. Melalui The Good Fight Foundation, beliau membantu golongan memerlukan, menjadikan dirinya inspirasi bukan sahaja dalam sukan tetapi juga dalam kehidupan.

#OhmediaNasihat

Apa yang kita boleh pelajari daripada kisah Khabib adalah pentingnya usaha keras, fokus, dan bijak menguruskan peluang. Kejayaan tidak datang sekelip mata tetapi hasilnya luar biasa jika kita berani mencuba dan terus melangkah.

khabib nurmagomedov

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Sportskeeda


Lagi dalam kategori Oh! Arena

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas