Connect with us

Oh! Media

“Jangan Doa Sahaja, Kena Lapor Polis..” – Nasihat Ustaz Don Buat Mangsa Keganasan Rumah Tangga

Ohmedia ustaz don isteri keganasan rumahtangga

Oh! Islam

“Jangan Doa Sahaja, Kena Lapor Polis..” – Nasihat Ustaz Don Buat Mangsa Keganasan Rumah Tangga

Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal, menyeru para isteri yang mengalami kekerasan rumah tangga untuk tidak hanya berserah dengan doa tetapi juga bertindak melindungi diri. Menurutnya, membuat laporan polis adalah langkah penting jika suami bertindak kasar.

Jangan doa sahaja. Kena pergi lapor polis. Kita kena sayang diri kita dulu. Macam mana Allah nak suruh makhluk lain sayangi kita kalau kita tidak sayangkan diri sendiri.- Tegas Ustaz Don.

Kaum hawa dilindungi, bukan disakiti

Image

Dalam pesanan khas buat para suami, Ustaz Don mengingatkan bahawa wanita dicipta Allah SWT untuk dihargai dan dilindungi, bukan dianiaya.

Kalau ‘bahasa cinta’ suami ialah kekerasan, Islam sendiri minta pergi mengadu. Kasar sangat bahasa cinta macam tu.- Nasihatnya lagi.

Kenyataan ini menyusul setelah kisah bekas model terkenal, Zahnita Wilson dan Elliza Razak, yang baru-baru ini berkongsi pengalaman mereka dikasari suami selama bertahun-tahun.

IKLAN
Image

BACA: Selain Keganasan Rumah Tangga, Suami Zahnita Juga Akan Didakwa Berkaitan Urin Positif Dadah

#OhmediaNasihat

Sayangilah diri anda terlebih dahulu, kerana kebahagiaan bermula dengan perlindungan diri. Jika anda atau orang terdekat menjadi mangsa kekerasan rumah tangga, jangan berdiam diri. Laporkan segera demi keselamatan dan keadilan. Allah SWT tidak pernah reda melihat hamba-Nya dianiaya.

Ohmedia ustaz don isteri keganasan rumahtangga

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Portal


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas