Connect with us

Oh! Media

“Kesian Anak Saya” – Tular Video Murid Perempuan ‘Angkut’ Beg Berat Naik Tangga

Trending

“Kesian Anak Saya” – Tular Video Murid Perempuan ‘Angkut’ Beg Berat Naik Tangga

Isu beg berat sehingga ke hari ini nampaknya masih tak menemui jalan penyelesaian. Murid terpaksa pikul beban buku teks yang banyak bagi memenuhi jadual pembelajaran harian.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kesihatan Mereka Lagi Penting” – Pakar Kesihatan Cadang Buat Garis Panduan Berat Beg Sekolah

Terbaru, tular video memaparkan seorang pelajar perempuan menaiki tangga sambil ‘mengangkut’ beg sekolah yang berat.

Perkara itu sudah tentu menimbulkan keresahan ibu bapa. Mereka menyeru tindakan sewajarnya diambil. Ikuti perkongsian di laman Facebook, Mohd Fadli Salleh ini.

Ibu bapa bimbang beg berat ini boleh menyebabkan kerosakan kekal tulang belakang akibat memikul beban berterusan setiap hari.

Seorang ibu hantarkan aku video ni. Video anak dia sendiri ni, bukan main cedok ikut suka. Ibu dia cakap,”Cikgu tolong share dengan orang atasan hal ni. Share sampai kat Yang Dipertuan Agong pun tak apa. Biar ada tindakan. Kesian anak saya, dah la perempuan, badan kecik lagi”.

Menurutnya, cadangan meninggalkan buku teks di sekolah juga didakwa tidak berjaya apabila wujud masalah buku hilang, rosak, koyak dan sebagainya apabila disimpan dalam locker atau laci meja.

Bila dah rosak, terpaksa la ibu bapa ganti buku teks itu pula kan? Oleh itu, mereka mencadangkan hak pemilikan buku teks atas individu dihapuskan.

Dalam erti kata lain, semua buku teks adalah milik sekolah, bukan milik mana-mana murid atau pelajar.

Macam program tasmik, Al Quran elok je tinggal dalam kelas. Tak ada hilang, tak jadi isu murid kena pikul ke sekolah. Bahkan banyak sekolah swasta buat hal serupa. Buku teks milik sekolah dan ditinggalkan dalam kelas. So murid bawa buku latihan sahaja setiap hari.

Dalam hantaran itu, turut menjadi persoalan adalah mengapa kelas murid tahun satu diletakkan di tingkat 3. Beg yang berat menyukarkan lagi mereka untuk menaiki tangga ke kelas.

Perkongsian penuh:

Setakat ini perkongsian telah mendapat lebih 7,000 shares dan ribuan komen. Ibu bapa menyeru perkara ini dipandang serius dan tindakan sewajarnya diambil.

Kredit: Mohd Fadli Salleh

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas