Connect with us

Oh! Media

“Kesihatan Mereka Lagi Penting” – Pakar Kesihatan Cadang Buat Garis Panduan Berat Beg Sekolah

Trending

“Kesihatan Mereka Lagi Penting” – Pakar Kesihatan Cadang Buat Garis Panduan Berat Beg Sekolah

Baru-baru ini, tular sebuah kejadian mengenai seorang guru yang menzahirkan rasa kasihan melihat anak anak muridnya yang terbeban dengan berat beg sekolah mereka.

ADVERTISEMENT

BACA: Kesan PdPR, Guru Kecewa Cara Murid Balas WhatsApp Secara Tidak Sopan

Menerusi perkongsian daripada seorang pengguna Facebook, dia mendakwa terdapat guru yang telah menimbang beg mereka dan mendapati purata berat sekitar 5 Kilogram (kg).

Seorang guru Matematik ajar tajuk Jisim dalam kelas. Maka dibawa alat penimbang dan timbang beg murid. Dapat purata berat beg murid Tahun 2 sekitar 5kg. Paling berat 8.3kg.

Selain itu, dia juga turut memuat naik beberapa tangkap layar memaparkan luahan hati para ibu bapa yang kasihan melihat anak-anak mereka ditambah pula dengan deretan subjek yang makin bertambah.

Mengakhiri hantarannya, dia juga turut menasihati agar pihak yang bertanggungjawab dapat menyelesaikan isu ini dengan segera demi kesihatan murid-murid.

Pakar kesihatan beri cadangan berat maksimum beg sekolah pelajar

Seakan-akan bertindak akan isu tersebut, seorang pakar kesihatan tampil memberikan saranan agar berat maksimum beg yang digalas pelajar perlu diperkenalkan.

Hal itu termasuklah berat beg sekolah yang digalas perlulah 10 peratus dari berat badan murid dan beg yang ditarik pula maksimum 20 peratus.

Menurut Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Anuar Ahmad, garis panduan itu perlu diperkenalkan bagi memelihara kesihatan murid-murid.

Jika berat badan murid ialah 30 kilogram maka beg galas sekolah mereka adalah maksimum tiga kilogram manakala beg tarik pula berat maksimum ialah enam kilogram.

Kesihatan anak-anak adalah keutamaan kita, kerana sudah tentunya anak-anak tidak bersuara. Hanya mampu mengeluh keletihan setiap kali pulang dar sekolah.

Tambahnya lagi, amalan mengalas beg sekolah yang terlampau berat mampu mengganggu tumbesaran anak-anak dalam jangka masa panjang.

Oleh itu, beliau berharap agar garis panduan berat beg sekolah dapat dikuatkuasakan dengan segera demi menjamin kesihatan murid-murid.

Kredit: Utusan Malaysia I Facebook Mohd Fazli Salleh

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas